AirAsia Kekal Sebagai Pilihan Utama Dalam Kategori Pelancongan. Syabas!
AirAsia meraih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021 dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.
Mula dilancarkan pada tahun 2010, anugerah tersebut telah menerima lebih 11,000 maklum balas daripada pengguna di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam tinjauan keutamaan pengguna untuk menentukan jenama kegemaran mereka dalam 24 kategori produk dan perkhidmatan berbeza.

BACA JUGA: Astro Umum Tontonan Percuma Selepas Rangkul ‘Platinum’ Di Anugerah Putra Brand 2021
Anugerah Putra Brand adalah satu-satunya anugerah jenama di Malaysia yang disokong oleh MATRADE dan disokong oleh Malaysian Advertisers Association (MAA), Media Specialists Association (MSA) dan Malaysian Digital Association (MDA).
AirAsia rangkul anugerah Perak

AirAsia terus menjadi pilihan utama dalam kategori pelancongan dengan meraih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021 dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan.
Dua tahun lalu merupakan tahun yang amat mencabar bagi industri pelancongan dan penerbangan. Berikutan sekatan perjalanan yang terus dilaksanakan pada tahun lepas, kami terpaksa mencari cara baharu dan menarik untuk mengekalkan jenama kami di hati para tetamu. Pelbagai tawaran yang telah diperkenalkan dan dinaik taraf sepanjang tahun 2021 menjadikan kami kekal relevan dan memastikan para pelanggan terus setia.
Ketua Pegawai Jenama airasia Group Rudy Khaw.
Mengulas lanjut, Rudy menjelaskan dalam memasuki fasa endemik sebagai kumpulan perkhidmatan digital, rangkaian luas produk dan perkhidmatan pihak mereka akan terus meningkatkan dan mengesahkan kehadiran di dalam pasaran di pelbagai industri.
Tiada jenama lain di Asean yang menawarkan perkhidmatan seumpama AirAsia dan dengan akses kepada lebih 700 juta pengguna di Asia Tenggara, mereka meramalkan potensi pertumbuhan yang besar untuk menerajui kepimpinan jenama dalam semua produk dan perkhidmatan mereka.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi kami dan kami berbesar hati kerana jenama airasia terus menjadi pilihan. Anugerah ini ditujukan kepada semua orang yang terus mempercayai jenama kami, dan kepada semua Allstars yang terus membina jenama airasia sebagai sebuah jenama terkemuka.
Ketua Pegawai Jenama airasia Group Rudy Khaw.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.