Now Reading
Jualan Tiket Bas & Penerbangan Malaysia – Singapura Bermula Hari Ini, 21 Januari

Jualan Tiket Bas & Penerbangan Malaysia – Singapura Bermula Hari Ini, 21 Januari

Sebelum ini penjualan tiket bas dan penerbangan VTL antara Malaysia-Singapura telah digantung sementara berkuat kuasa 23 Disember 2021 hingga semalam (20 Januari 2022).

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan umum, penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat serta udara antara Malaysia dan Singapura dibuka semula berkuat kuasa serta-merta hari ini (21 Januari).

Walau bagaimanapun, kuota tiket akan dikurangkan daripada kuota sedia ada iaitu pengurangan 50% daripada kapasiti bas dan penerbangan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi satu kenyataan menjelaskan buat penumpang yang membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan mengikut kuota ditetapkan sebelum ini.

Garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko dilakukan dari semasa ke semasa dan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan situasi Covid-19 di kedua-dua negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ujian RTK-Ag atau Antigen beberapa hari selepas ketibaan

(Kredit: Malay Mail)

Pengembara juga diingatkan tentang keperluan melaksanakan Ujian RTK-Ag atau Ujian Pantas Antigen kendiri pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketibaan.

Selain ujian secara profesional pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan.

Ia selaras pengumuman KKM sebelum ini berhubung tindakan pengukuhan kepada langkah pencegahan dan kawalan sedia ada bagi pengembara dari luar negara, termasuk pengembara yang tiba di pintu masuk antarabangsa Malaysia melalui inisiatif VTL.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Untuk rekod, sebelum ini penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL antara Malaysia – Singapura (darat dan udara) telah digantung sementara berkuat kuasa 23 Disember 2021 hingga semalam (20 Januari 2022).

BACA JUGA: [Video] Wanita Ini Buat Kejutan Kembali Ke M’sia Selepas Berada Di Singapura Selama 578 Hari


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine + 8 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd