Now Reading
Datuk Maimunah Sharif Dilantik Semula Sebagai Pengarah Eksekutif PBB-Habitat

Datuk Maimunah Sharif Dilantik Semula Sebagai Pengarah Eksekutif PBB-Habitat

Keputusan itu dibuat sebulat suara tanpa undian di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini, wanita pun boleh menempa kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Kejayaan mereka sememangnya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana untuk menjadi individu yang berjaya juga.

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!

Baru-baru ini, Datuk Maimunah Mohd Sharif yang merupakan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dilantik semula menjadi Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (PBB-Habitat).

Kredit: China Daily

Perkhidmatan beliau selama empat tahun sebelum ini telah tamat pada Rabu lalu (19 Januari) dan bakal meneruskan penggal selama dua tahun bermula 20 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2024.

Keputusan yang dibuat sebulat suara tanpa undian di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak atas saranan Setiausaha Agung PBB António Guterres.

Kejayaan sejak menyertai PBB

Pelbagai kejayaan yang dibawa oleh Datuk Maimunah sejak beliau menyertai PBB pada Januari 2018.

Antaranya:

  • UN-Habitat menjadi peneraju pemikiran dalam perbandaran lestari.
  • Memperjuangkan perspektif bandar dalam Forum Ekonomi Dunia.
  • Menjadi Pengerusi Bersama bagi Pasukan Petugas Setiausaha Agung tentang Masa Depan Bandar.
  • Dilantik menjadi Pengerusi Bersama bagi Gabungan 2030 Kerajaan Tempatan.

Datuk Maimunah Mohd Sharif

Kredit: Facebook Lim Guan Eng

Datuk Maimunah yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kajian Perancangan Bandar dari Institut Sains dan Teknologi Universiti Wales.

Selain itu, beliau juga memegang Ijazah Sarjana dalam Sains Pengajian Perancangan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Wanita berusia 60 tahun ini pernah mengetuai pasukan pada tahun 2009 dalam membuat pembaharuan pada bandar Pulau Pinang dengan menubuhkan George Town World Heritage Incorporated.

Kemudian, beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkuat kuasa pada 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2019.

Pada tahun yang sama dilantik sebagai Datuk Bandar, beliau juga dilantik oleh Setiausaha Agung PBB António Guterres sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (PBB-Habitat) pada 22 Disember 2017.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd