Now Reading
Remaja Hilang Lebih 30 Jam Selepas Ingin Buang Air Kecil Dalam Semak

Remaja Hilang Lebih 30 Jam Selepas Ingin Buang Air Kecil Dalam Semak

Mangsa yang dikenali sebagai Azim ditemui di tengah jalan kira-kira dua kilometer dari Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selama 30 jam pada Isnin (10 Januari) di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.

Kejadian itu disedari oleh ibunya selepas remaja ini dikatatakan tidak pulang ke rumah walaupun jam sudah menunjukkan tiga pagi.

Menurut Utusan, remaja tersebut sedang melepak bersama dua orang rakannya di luar rumah kerana tidak mendapat capaian Internet.

Rakan-rakannya memberitahu bahawa mangsa yang dikenali sebagai Azim ingin membuang air kecil di kawasan semak berdekatan rumahnya pada jam 10 malam.

Tetapi mangsa dilaporkan tidak memunculkan diri 30 minit selepas itu. Jadi, mereka berdua beranggapan mungkin Azim sudah pulang ke rumahnya senyap-senyap.

Berhubung kejadian itu, ibu mangsa segera membuat laporan polis.

Dijumpai oleh Kak Yah

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo memaklumkan bahawa abang kepada mangsa cuba menjejaki adiknya menggunakan isyarat telefon dan membawa mereka ke lokasi sebatang pokok besar berhampiran sungai.

Namun, mangsa masih tidak dijumpai ketika itu.

Berikutan itu, operasi pencarian dilakukan melibatkan ramai pihak termasuklah beberapa ustaz, anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Selepas dua malam dilaporkan hilang, remaja lelaki tersebut akhirnya ditemui semula semalam (12 Januari) oleh seorang wanita yang mesra disapa sebagai Kak Yah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook bapa saudara mangsa, Kak Yah terjumpa remaja berkenaan di tengah jalan kira-kira dua kilometer dari lokasi rumah.

Ketika dijumpai, remaja itu kelihatan lemah longlai dan lesu.

Kredit: Facebook Azizul Rahman

Mangsa cuma ingat tidur sejam sahaja

Selepas selamat dijumpai, mangsa menceritakan dia tidak sedar yang dia sudah hilang beberapa hari.

Menurut mangsa, dia tersedar yang dia berjalan di kawasan gelap di sebuah hutan dan berasa sangat mengantuk sehingga tertidur.

Selepas tersedar semula, dia berada di tempat yang dia dijumpai iaitu kira-kira dua kilometer daripada Kampung Pasir Linggi.

Katanya dia hanya tertidur satu jam sahaja. Tapi siapa sangka rupa-rupanya dia sudah beberapa hari ‘tidur’.

Kredit: Facebook Azizul Rahman

Apa-apa pun, bersyukur yang dia kini sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Walaupun masih tidak diketahui kisah sebenar yang berlaku, harapnya ini boleh dijadikan pengajaran kepada remaja lain supaya tidak berseorangan lebih-lebih pada waktu malam.

Tak kisah lelaki atau perempuan, masing-masing kena jaga keselamatan diri okey?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 − eleven =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd