Now Reading
Jurutera Didenda RM6,000 Gara-gara Jual Gambar Lucah Di Aplikasi Telegram

Jurutera Didenda RM6,000 Gara-gara Jual Gambar Lucah Di Aplikasi Telegram

Mohd Azri mengaku bersalah selepas terlibat dalam menjual gambar lucah seorang wanita dengan harga RM100 pada tahun 2019.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang jurutera berusia 34 tahun, Mohd Azri Zahari telah dikenakan denda RM6,000 atau hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Seksyen hari ini (12 Januari).

Lelaki berkenaan mengaku bersalah selepas terlibat dalam menjual gambar lucah seorang wanita dengan harga RM100 di akaun aplikasi Telegram bernama “Menteri Pasola” pada 4 Mac 2019 yang lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Kredit: Astro Awani

Pesalah diminta bertaubat

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Mohd Azri menafikan bahawa anak guamnya itu menjual gambar lucah tersebut untuk menambahkan pendapatan.

Menurut laporan, anak guamnya ketika itu sedang tertekan akibat daripada masalah rumah tangga yang berlaku.

Sebelum ini, Syed Amirul membuat permohonan agar hanya denda minimum diberikan kepada anak guamnya kerana dia perlu menanggung keluarga dan dipercayai sudah insaf.

Mahkamah memberikan kamu peluang kedua untuk bertaubat. Sekiranya kejadian ini berulang semula, mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang lebih tinggi

Hakim Norshila Kamaruddin.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd