Now Reading
Pengguna Ghairah Tayang Aset Di Media Sosial Boleh Dipenjara Sehingga 3 Tahun

Pengguna Ghairah Tayang Aset Di Media Sosial Boleh Dipenjara Sehingga 3 Tahun

Pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Akta 292 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Macam-macam kita boleh buat dengan adanya media sosial.

Ada yang jadikan platform ini sebagai tempat berkongsi cerita, dan ada juga yang menggunakannya sebagai tempat untuk berniaga secara atas talian.

Bukan setakat berniaga atas talian, terdapat beberapa fungsi baharu yang diperkenalkan membolehkan seseorang menjana pendapatan.

Sebagai contoh, pemberian ‘gift‘ di TikTok Live boleh ditukarkan kepada bentuk wang ringgit.

Kredit: Search Engine Journal

Namun, ada pula sesetengah pengguna media sosial yang menyalahguna fungsi baharu ini.

Padah buat aksi lucah

Difahamkan, ada beberapa wanita di media sosial yang sanggup membuat aksi tidak senonoh semata-mata ingin menarik lebih ramai penonton serta ‘gift’ daripada mereka.

Kredit: Majoriti

Berhubung kejadian ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner, Siti Kamsiah Hassan memaklumkan bahawa individu seperti ini boleh ditahan untuk siasatan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Semuanya bergantung kepada bahan yang disebarkan. Jika mereka memuat naik video bogel, maka tindakan akan diambil di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu menyebarkan bahan lucah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Siti Kamsiah Hassan.

Selain itu, individu tersebut juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233, AKMM iaitu penggunaan tidak wajar rangkaian dan perkhidmatan.

Individu yang disabitkan bersalah di bawah Akta 292 Kanun Keseksaan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala kesalahan di bawah Seksyen 233 AKMM pula memperuntukkan penjara tidak lebih satu tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.


Jadi untuk wanita di luar sana, jagalah maruah diri anda.

Jangan mudah terpengaruh jika ada yang memberi galakan untuk anda buat perkara tidak senonoh. Ingat balik pada ibu bapa yang membesarkan kita.

Jaga maruah diri, ibu bapa dan keluarga okay? 😊


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd