Now Reading
Tiada Lagi Walk-In Untuk Dapatkan Dos Penggalak Di PPV

Tiada Lagi Walk-In Untuk Dapatkan Dos Penggalak Di PPV

Hanya mereka yang mempunyai temu janji MySejahtera sahaja yang akan dilayan di PPV.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Malaysia kini menerima suntikan vaksin ketiga (suntikan penggalak) bagi membantu melawan varian Covid-19 baharu seperti Omicron.

Sebelum ini, mereka yang ingin mendapatkan suntikan penggalak dibenarkan walk-in ke pusat beli-belah dan pusat kesihatan atau mendaftar dalam senarai menunggu.

BACA JUGA: Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Dos Penggalak Vaksin

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Datuk Dr Anas Alam Faizli, walk-in ke PPV kini tidak lagi dibenarkan.

Berdasarkan laporan New Straits Times, perkara ini diputuskan selepas menerima laporan bahawa ramai beratur panjang dan bersesak di pusat vaksin sekitar Lembah Klang.

Hanya mereka yang mempunyai temu janji MySejahtera sahaja yang akan dilayan. Anas juga menambah bahawa semua orang akan mendapat temu janji tersebut mengikut peringkat umur.

Walau bagaimanapun, mereka yang layak mendapat suntikan penggalak tetapi masih belum menerima temu janji MySejahtera boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan masing-masing.

Bagaimana untuk mendaftar dalam senarai menunggu?

  1. Pergi ke laman web ProtectHealth.
  2. Klik pada ‘Cari Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV)‘.
  3. Cari PPV berdaftar selepas selesai memasukkan butiran diri anda.

Cara lain untuk mendaftarkan diri anda adalah dengan membuat panggilan telefon atau e-mel PPV pilihan anda.

Untuk mengelakkan temu janji dua kali dan melambatkan proses, orang ramai dinasihatkan untuk mendaftar hanya di satu PPV sahaja.

Mereka yang telah berjaya mendaftar akan berada dalam senarai menunggu.

Mereka juga akan dihubungi oleh pihak PPV jika temu janji dibatalkan atau individu lain tidak menghadirkan diri.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd