Now Reading
Maritim Malaysia Berjaya Selamatkan Pelantar Minyak Petronas Dari Risiko Meletup

Maritim Malaysia Berjaya Selamatkan Pelantar Minyak Petronas Dari Risiko Meletup

Kapal pesisir pantai Indonesia didakwa hanyut dan berisiko untuk melanggar pelantar minyak Telok A milik Petronas di Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, sebuah kapal tanpa kru milik syarikat Indonesia, Winposh Rampart dilaporkan telah hanyut ke perairan Terengganu akibat terputus tali ketika ditunda pada jam 3.15 petang pada 3 Januari 2022.

Tali berkenaan didakwa terputus ekoran cuaca buruk yang sedang berlaku pada ketika itu.

Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, beliau memaklumkan terdapat dua kapal dari syarikat yang sama sedang menuju ke Yang Pu, China dari Matak, Indonesia.

Semasa kedua-dua kapal itu berada di perairan Vietnam, tali tundanya terputus berikutan cuaca buruk lalu menyebabkan kapal Winposh Rampart hanyut sehingga memasuki perairan Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Media tempatan melaporkan bahawa kapal yang hanyut itu berisiko untuk melanggar pelantar minyak Telok A milik Petronas dan boleh mengakibatkan letupan berlaku sekiranya tiada bantuan awal diberikan.

Kredit: Harian Metro

Maritim Malaysia datang menyelamat

Berikutan kejadian itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah memulakan operasi bersama Petronas bagi menunda kapal milik Indonesia itu ke lokasi yang lebih selamat.

Kapal Maritim (KM) Jujur dengan kekuatan enam anggota Pasukan Tindakan Khas telah dikerah ke lokasi kapal pesisir pantai itu untuk memberikan bantuan manakala Petronas pula menghantar dua aset iaitu kapal Icon Lotus dan SK Pilot  bagi memantau serta membantu operasi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Kredit: Utusan

Sehingga kini, difahamkan kapal berkenaan berjaya ditunda oleh Icon Lotus dan dalam perjalanan menghala ke Kemaman Supply Base, Terengganu yang dijangka mengambil masa hampir 65 jam untuk tiba.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd