Now Reading
Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM

Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM

Individu yang menggunakan sijil sakit palsu juga boleh dihadapkan ke mahkamah tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Buat individu yang bekerja, sijil cuti sakit sememangnya diperlukan untuk membolehkan kita memohon cuti daripada majikan.

Namun, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab sanggup ‘membeli’ sijil cuti sakit palsu demi kepentingan diri sendiri.

BACA JUGA: Pekerja Ramai-ramai Pakat Berhenti Sebab Bos Tak Bagi Cuti

Mungkin mereka tidak mahu menghabiskan cuti tahunan yang diberi oleh majikan dan memilih untuk menggunakan cara ‘kotor’ ini.

Sebenarnya membeli sijil sakit palsu juga dianggap satu kesalahan rasuah.

Kredit: Sinar Harian

Insiden seperti ini boleh dikatakan sering kali berlaku sehingga mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bertujuan untuk memberi peringatan dan iktibar kepada masyarakat, sebuah video sketsa dimuat naik oleh SPRM di laman Twitter mereka yang menunjukkan situasi seorang pekerja ingin ‘membeli’ cuti sakit selama tiga hari.

Berdasarkan video, lelaki tersebut dikatakan memberi rasuah kepada doktor perubatan bagi membolehkan dirinya mendapatkan sijil cuti sakit walaupun badannya sihat.

Boleh lihat video penuh DI SINI.

Netizen kesal tak ungkit isu sebenar

Namun, rata-rata netizen mempersoalkan tentang isu yang dipilih oleh pihak SPRM dalam menghasilkan video berkenaan.

Ramai juga yang dilihat mengaitkan tentang kes di mana seorang pegawai kerajaan didakwa pecah amanah bernilai hampir RM30 juta.

Boleh dikatakan kebanyakan warganet kurang bersetuju dengan video sketsa yang dihasilkan oleh SPRM itu.

Kesalahan menggunakan sijil sakit palsu

Perbuatan yang ditunjukkan di dalam video sketsa itu sememangnya dianggap satu kesalahan.

Sebelum ini, enam pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas dakwaan memalsukan sijil sakit.

Pihak yang menjual sijil sakit palsu juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dipenjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda.


Kesimpulannya, janganlah cuba-cuba untuk dapatkan sijil cuti sakit palsu demi kepentingan diri.

Lebih baik jujur. Setiap majikan pun dah sediakan cuti sakit untuk setiap pekerja menggunakannya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd