MKN Minta Orang Ramai Waspada Fenomena Air Pasang Besar Di Selangor, Perak, Johor & Kedah
Fenomena air pasang besar ini dijangka berlaku dalam tempoh empat (4) hari bermula pada 2-5 Januari 2022 (Ahad-Rabu).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan amaran semalam (2 Januari 2022) untuk menasihati orang ramai supaya berwaspada semasa fenomena air pasang besar di sepanjang Pantai Barat Malaysia.
Air pasang besar dianggarkan berlaku selama empat hari bermula 2 hingga 5 Januari (Ahad hingga Rabu).
Walaupun fenomena air pasang besar berskala lebih kecil berbanding banjir pada November, keadaan boleh menjadi lebih teruk jika berlaku angin kencang, ombak besar dan hujan lebat pada masa yang sama.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).
Kawasan-kawasan yang berisiko adalah:
- Kedah – Kuala Muda
- Perak – Carta Datoh
- Selangor – Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor
- Johor – Batu Pahat, Pontian
Pengunjung pantai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa melakukan aktiviti air dan rekreasi pada tarikh tersebut.
MKN menambah, rakyat perlu berwaspada dengan perubahan cuaca dan bersedia untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat sekiranya hujan lebat dan air pasang.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



