Now Reading
“Ingatkan Patung” – PDRM Temui Mayat Wanita Tanpa Identiti Di Tasik Putrajaya

“Ingatkan Patung” – PDRM Temui Mayat Wanita Tanpa Identiti Di Tasik Putrajaya

Pemeriksaan pasukan forensik mendapati bahawa mayat telah kembung, reput, kulit mengelupas dan berbau busuk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 2 Januari 2022, pihak polis telah melaporkan tentang penemuan satu mayat wanita tanpa identiti ditemukan di tasik berhadapan Skyrides, Presint 2, Putrajaya.

Mayat tersebut dilaporkan ditemui dalam keadaan kembung dan reput selepas dipercayai berada dalam air kira-kira dua hingga tiga hari.

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata mayat ditemui seorang pengawal keselamatan warga Pakistan di Skyrides Festival Park Putrajaya dan dia kemudian memaklumkan majikannya.

SkyRide Park, Putrajaya.
(Kredit: Jom Jalan)

Pengawal keselamatan tersebut membuat rondaan kira-kira pukul 6.30 petang semalam serta terlihat satu patung (mayat), seterusnya memaklumkan majikannya dan beberapa orang datang untuk mengesahkan yang terapung adalah mayat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz menerusi Utusan.

Tidak dapat mengenalpasti identiti

Mayat tersebut berketinggian kira-kira 160 sentimeter.

Walau bagaimanapun, bangsa dan usia tidak dapat dipastikan. Mayat berada dalam keadaan terlentang mengadap ke atas serta berpakaian lengkap.

Pemeriksaan pasukan forensik mendapati bahawa mayat telah kembung, reput, kulit mengelupas dan berbau busuk.

Mengulas lanjut, pakaian yang dipakai adalah blazer berwarna hitam, baju-T berwarna biru, skirt mini jeans berwarna hitam, bertali pinggang berlogo ‘Versace’ serta tidak memakai kasut atau selipar.

Barang milikan yang dijumpai pada mayat adalah tiga bentuk cincin jenis perak di tangan kanan iaitu di jari telunjuk, jari hantu dan jari kelingking serta satu gelang tangan jenis perak di pergelangan tangan kanan. Semakan dapati tiada rekod orang hilang dilaporkan dalam masa terdekat, manakala identitinya juga belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz menerusi Utusan.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. Namun, tarikh dan waktu bedah siasat belum ditentukan oleh pihak hospital.

Kes diklasifikasi awal sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat serta pengesanan identiti dan waris melalui rekod laporan orang hilang.


Polis mohon kerjasama orang awam terutama keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta mangsa supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di talian:

  • 03-88862145
  • Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafiza 019-8926572

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd