Now Reading
Rugi Lebih 5 Juta Tak Halang Mydin Untuk Lancar Kempen OURDIN Bantu Mangsa Banjir. Syabas!

Rugi Lebih 5 Juta Tak Halang Mydin Untuk Lancar Kempen OURDIN Bantu Mangsa Banjir. Syabas!

Menerusi inisiatif OURDIN ini, keseluruhan 100% hasil jualan akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan – di samping menunjukkan solidariti bersama seluruh rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, beberapa hari lalu pihak pasar raya terkemuka iaitu Mydin telah mengeluarkan kenyataan tentang insiden mangsa banjir pecah masuk Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin meluahkan rasa simpati terhadap bencana banjir yang melanda warga Selangor.

Meskipun turut mengalami kerugian melebihi jutaan ringgit akibat banjir, pihak Mydin dengan seikhlas hati memaklumkan bahawa mereka MENGHALALKAN segala barangan yang diambil oleh mangsa banjir.

Kredit: Berita Harian

Walau bagaimanapun, perbuatan mengambil barang itu tidak disokong tetapi dikecualikan demi kelangsungan hidup ketika dilanda bencana.


Mydin lancar kempen OURDIN.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi Mydin Prihatin melancarkan kempen OURDIN pada Rabu sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.

Memetik sumber, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menjelaskan kempen dengan slogan ‘Bersama Kita Bersatu’ dinamakan OURDIN berikutan tular di media sosial berkaitan usaha Mydin membantu mangsa banjir sehingga mendapat pujian ramai.

Mydin Prihatin menyasarkan untuk memanfaatkan rantaian bekalan dan logistik mereka sebagai platform mengumpul dana bagi rakyat Malaysia yang turut sama menghulurkan sumbangan dan bantuan segera kepada mangsa di kawasan terjejas.

Kami percaya Mydin mampu memainkan peranan membantu mangsa-mangsa banjir, tetapi kami tidak boleh melakukannya sendiri dan memerlukan sokongan semua pihak. Justeru, melalui inisiatif OURDIN ini, keseluruhan 100% hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada mangsa yang terkesan dan memerlukan, di samping menunjukkan solidariti kami bersama seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Jaga Rakyat.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin.

Laman sesawang khusus OURDIN kini tersedia.

Menurut kenyataan sama, Mydin Prihatin membuka laman sesawang khusus iaitu OURDIN bagi membolehkan orang ramai membantu mangsa banjir menerusi pembelian baju T berkolar eksklusif keluaran Mydin bernilai RM55.

Penghantaran adalah secara percuma untuk Semenanjung Malaysia, manakala RM15 bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin.

Proses penghantaran akan dilakukan dalam tempoh antara 10 hingga 14 hari bekerja.

Kempen telah bermula pada 29 Disember 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd