Now Reading
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dibuka Mulai Januari 2022

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dibuka Mulai Januari 2022

Tempoh pengemaskinian maklumat atau permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”.

Itu adalah tema bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dibentangkan dalam Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).

BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Mengikut Bajet 2022, terdapat tiga matlamat yang ingin dicapai iaitu:

  1. Rakyat Yang Sejahtera
  2. Perniagaan Yang Berdaya Tahan
  3. Ekonomi Yang Makmur dan Tampan

Bagi mencapai matlamat yang pertama iaitu Rakyat Yang Sejahtera, BKM diwujudkan dengan meneruskan pemberian bantuan secara tunai mengikut kumpulan sasaran.

Macam mana kita boleh dapatkan bantuan ini? Siapa yang layak?

Syarat dan kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia

Pemohon layak menerima BKM sekiranya berada di bawah kategori berikut:

Isi rumah

  • Sudah berkahwin.
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.

Warga emas tiada pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda TIDAK mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda TIDAK mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun.
  • Pendapatan kurang daripada RM2,500.

Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori:

Cara permohonan BKM

Data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Untuk anda yang tidak mempunyai maklumat di LHDN, boleh membuat permohonan bermula 1 Januari 2022 di https://bkm.hasil.gov.my.

Tempoh pengemaskinian maklumat atau permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twenty − 6 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd