Mangsa Banjir Bakal Terima Rebat RM500 Untuk Barangan Elektrik Bermula 7 Januari 2022
Menurutnya, data setakat ini menunjukkan terdapat kira-kira 80,000 isi rumah yang layak dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Jan 2022.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik.

Memetik laporan Astro Awani, Takiyuddin menjelaskan individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform e-dagang iaitu Lazada, Shopee dan PGMall.
Mereka yang terkesan banjir tidak kira di negeri mana, jika layak – mereka diberi rebat segera bagi setiap pembelian. Contohnya barang bernilai RM1,000, mereka perlu bayar RM500 sahaja.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Setakat ini, terdapat 1,400 premis yang tersenarai di bawah SAVE kendalian Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) dan jumlah itu akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian di premis berdekatan rumah mereka.
Menurutnya, data setakat ini menunjukkan terdapat kira-kira 80,000 isi rumah yang layak dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA) akan mengeluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara mangsa untuk membuat pembelian.
SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Jan ini – merangkumi mekanisme tebusan barangan dan jenis barangan.
Untuk rekod, SAVE merupakan program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli barangan elektrik. Sebelum ini, SAVE 2.0 yang diperkenalkan menawarkan e-rebat RM200 bagi pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.
BACA JUGA: Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dibuka Mulai Januari 2022
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.