Now Reading
Malaysia Diramal Berdepan Bencana Alam Luar Jangkaan Lebih Kerap Selepas Ini

Malaysia Diramal Berdepan Bencana Alam Luar Jangkaan Lebih Kerap Selepas Ini

Cuaca tidak menentu mungkin menjadi asbab beberapa kawasan yang tidak dijangka boleh berlaku bencana alam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di beberapa kawasan negeri Selangor seolah-olah membuka mata masyarakat.

Ada kawasan yang tidak pernah dilanda banjir juga tiba-tiba dinaiki air dengan sangat laju.

BACA JUGA: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum ini, mungkin tidak ramai yang mengambil berat apabila pakar kaji cuaca mengeluarkan sebarang amaran tentang cuaca.

Namun selepas kejadian banjir yang berlaku di Selangor, boleh dikatakan ramai yang sudah mula mengambil tahu tentang ramalan cuaca di sekitar kawasan tempat tinggal.

BACA JUGA: YB Beri Amaran 6 Bulan Sebelum Banjir Tapi Tiada Tindakan Dari Kerajaan

Negara bakal dilanda bencana alam lebih kerap

Menurut laporan media tempatan, tujuh pakar cuaca dan bencana tempatan berpendapat bahawa Malaysia bakal berdepan bencana alam di luar jangkaan.

Beberapa kawasan tidak dijangka juga boleh dilanda bencana alam berikutan cuaca yang tidak menentu.

BACA JUGA: Kekal Waspada! 4 Negeri Diramal Banjir Mulai Esok, 29 Disember

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Cuaca sekarang tidak menentu. Kita mungkin tidak boleh lagi menikmati suasana aman daripada bencana. Kalau dulu hanya berlaku sekali-sekala, mungkin kali ini lebih kerap dan boleh terjadi di kawasan yang tidak dijangkakan berlaku bencana.

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Menurutnya lagi, setakat ini sudah hampir 121 insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

Rakyat harap kerajaan lebih bersedia

Hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan warganet memberi pelbagai respons tentang perkara ini.

Ramalan sudah dikeluarkan. Jadi, ramai yang berharap agar pihak kerajaan lebih bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk berlaku bencana alam pada bila-bila masa.

Ada juga yang mengaitkan bencana alam ini dengan petanda akhir zaman.

Wallahualam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd