Now Reading
Umrah Mungkin Ditangguh Jika Omicron Tidak Terkawal

Umrah Mungkin Ditangguh Jika Omicron Tidak Terkawal

Penangguhan ibadah umrah ke Mekah hanya akan dibuat jika situasi penularan varian Omicron di Arab Saudi meningkat dalam kalangan jemaah tempatan dan berada pada tahap membimbangkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mimpi ngeri rakyat Malaysia adalah jika munculnya varian-varian merbahaya baharu di negara ini.

Mana tidaknya, rakyat tidak sanggup lagi berdepan dengan situasi di mana kerajaan terpaksa melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun perkara/aktiviti lain yang perlu diketatkan susulan munculnya varian baharu.

(Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail)

Umum sedia maklum, kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

BACA SINI: Varian Omicron ‘Tiba’ Di Malaysia Selepas Kes Pertama Dikesan

Tidak lama selepas itu, kes kedua varian Omicron pula muncul dengan 62 kes telah dilaporkan setakat ini.


Umrah mungkin ditangguh

Berikutan itu, pihak kerajaan mungkin akan menangguhkan ibadah umrah ke Mekah jika situasi penularan varian Omicron di Arab Saudi meningkat dalam kalangan jemaah tempatan dan berada pada tahap membimbangkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan ia belum sampai tahap itu lagi dan kerajaan juga tidak mahu melakukan keputusan terburu-buru.

Beliau berkata, buat masa ini jemaah umrah yang baru pulang ke tanah air akan dipakaikan peranti digital bagi memudahkan pemantauan.

Jika situasi makin membimbangkan, kita mungkin akan meletakkan jemaah umrah yang baru pulang ke pusat kuarantin dan langkah terakhir mungkin menangguhkan ibadah umrah. Kita masih memantau situasi penularan itu di Arab Saudi dan langkah-langkah kesihatan lain.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Jelasnya lagi, KKM juga akan berbincang dengan syarikat pelancongan umrah bagi memastikan setiap bakal jemaah mengambil dos penggalak terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan ibadah umrah.

Malah, jemaah umrah yang sudah pulang telah dinasihatkan agar melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd