Kekal Waspada! 4 Negeri Diramal Banjir Mulai Esok, 29 Disember
JPS turut menasihati penduduk di kawasan berikut untuk berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan kejadian banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam (28 Disember).
Memetik laporan Kosmo, JPS dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bencana itu dijangka bermula di Kelantan pada 31 Disember pukul 8 malam di Lembangan Sungai Kelantan.
Ia membabitkan daerah seperti:
- Gua Musang
- Kuala Krai
- Jeli
- Tanah Merah
- Machang
Manakala Lembangan Sungai Golok melibatkan Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang).
Turut dijangka bermula pada tarikh yang sama di Terengganu melibatkan Lembangan Sungai Besut dan Sungai Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).
Di Pahang pula, kejadian itu dijangka bermula pada 1 Januari depan melibatkan daerah seperti:
- Maran
- Temerloh
- Jerantut
- Kuantan
- Rompin
Manakala di Johor membabitkan kawasan sekitar di Mersing.
Susulan itu, JPS turut menasihati penduduk di kawasan berikut untuk berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau di Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir
MetMalaysia dalam masa yang sama turut mengeluarkan Amaran [KUNING] Hujan Berterusan setakat jam 1:30 tengah hari, hari ini (29 Disember) di beberapa buah negeri dan daerah iaitu:
- Sabah – sehingga 2 Januari 2022.
- Tawau (Lahad Datu)
- Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran)
- Kudat
Manakala negeri-negeri di bawah dijangka hujan berterusan bermula 30 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022.
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin)
- Johor
#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/eOti8JX7n6
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 29, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.