Now Reading
JAIS Buka 6 Pusat Pengumpulan Al-Quran Yang Rosak Selepas Banjir

JAIS Buka 6 Pusat Pengumpulan Al-Quran Yang Rosak Selepas Banjir

Umat Islam juga boleh menghantar naskhah al-Quran yang sudah rosak akibat banjir ke masjid kariah berdekatan sehingga 30 Disember.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di Selangor sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.

Selain itu, kitab-kitab agama seperti al-Quran juga pastinya sudah basah dan rosak akibat terkena air banjir.

Walaupun kitab suci al-Quran tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi, namun ada caranya yang tersendiri untuk dilupuskan.

Tidak boleh sewenang-wenangnya dibuang ke dalam tong sampah.

Kredit: SumberKini

Tempat pengumpulan al-Quran sekitar Selangor

Berikutan banyak al-Quran yang rosak akibat banjir, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini membuka enam pusat pengumpulan kitab suci al-Quran serta buku-buku agama di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Antaranya:

  •  Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai (Hulu Langat)
  • Tanah Perkuburan Islam Johan Setia (Klang)
  • Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling)
  • Masjid As-Solihin Kancong Darat (Kuala Langat)
  • Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  • Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang)

Memetik laporan, Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan inisiatif ini diambil berikutan tanggungjawab jabatannya bagi menjaga kesucian al-Quran.

Kredit: Sinar Harian

Menurutnya lagi, umat Islam yang ingin menghantar naskhah al-Quran yang sudah rosak ke masjid kariah berdekatan juga boleh berbuat sedemikian sehingga esok (30 Disember).

Dalam pada masa yang sama, pihak masjid juga perlu memastikan al-Quran tersebut dikumpulkan di kawasan yang tidak menjadi laluan orang ramai atau haiwan.

Al-Quran perlu diletakkan di kawasan sesuai bagi mengelakkan kitab suci itu dilangkah atau dipijak serta diletakkan di kedudukan yang tinggi dari paras biasa.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Jika kitab suci itu diletakkan di kawasan yang tidak berbumbung pula, pihak masjid perlu memastikan al-Quran tersebut ditutup menggunakan plastik atau kanvas bagi mengelakkan dari terkena air hujan.

JAIS turut bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menguruskan pengangkutan naskhah al-Quran tersebut.


Kaedah untuk melupuskan al-Quran yang rosak

Menjaga dan memuliakan kesucian al-Quran merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan bagi setiap umat Islam.

Oleh itu, beberapa kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam proses pelupusan al-Quran rosak.

Kredit: Harian Metro

Antaranya:

  • Al-Quran dibakar di tempat yang bersih dan abunya dihanyutkan ke dalam sungai atau lautan yang mengalir.
  • Abunya juga boleh ditanam di kawasan yang tidak dilalui orang ramai.

Selain itu, adab-adab ketika mengendalikan aktiviti tersebut juga penting seperti sentiasa dalam keadaan berwuduk dan tidak berhadas dan sebagainya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd