Now Reading
Pengguna Grab Boleh Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Guna GrabRewards

Pengguna Grab Boleh Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Guna GrabRewards

Pengguna mempunyai pilihan untuk menderma GrabRewards kepada MERCY Malaysia yang akan digunakan untuk membiayai usaha mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Grab Malaysia memulakan inisiatif #BantuanBanjir melalui kerjasama dengan MERCY Malaysia untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang terjejas.

Usahasama ini memberi peluang kepada pengguna Grab untuk menukar GrabRewards mereka menjadi sumbangan kepada MERCYMalaysia.

Pihak Grab akan memadankan jumlah sumbangan yang diterima untuk membantu keluarga dan komuniti yang terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini.

Di samping itu, Grab turut memberi sokongan dan bantuan kepada rakan kongsi yang terjejas.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengiktiraf dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna, rakan kongsi dan Grabbers di seluruh negara atas keprihatinan dan rasa simpati mereka sepanjang musibah banjir ini.

Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Sean turut menjelaskan melalui inisiatif dan kerjasama #BantuanBanjir bersama MERCY Malaysia ini, mereka berharap dapat membantu menangani keperluan terdesak komuniti yang terkesan.

Kami amat bersyukur kerana dapat menggerakkan penglibatan masyarakat bersama-sama demi menjayakan usaha ini.

Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Inisiatif #BantuanBanjir

Banjir di kawasan kediaman, Taman Sri Muda.
(Kredit: Fernando Fong/TRP)
  • Grab akan memadankan jumlah sumbangan GrabRewards daripada pengguna – Pengguna mempunyai pilihan untuk menderma GrabRewards mereka kepada MERCY Malaysia yang akan digunakan untuk membiayai usaha mereka. Grab akan memadankan jumlah yang diderma melalui GrabRewards dan salurkan sumbangan kepada usaha bantuan tersebut.
  • Bantuan kepada rakan pemandu dan penghantar – Melalui GrabBenefits, bantuan kewangan akan diberikan kepada rakan pemandu dan penghantar yang terkesan akibat banjir.
  • Bantuan rakan peniaga – Grab akan menjalankan promosi penghantaran percuma khas untuk rakan peniaga yang premis dan operasinya terjejas akibat banjir.  Ini akan membantu meningkatkan keterlihatan dan jualan mereka bagi menggantikan kerugian yang terpaksa ditanggung apabila kedai ditutup akibat banjir.
  • Sukarelawan Grabber – Grab Malaysia menggalakkan semua rakan Grabbers untuk menggunakan ’Love-All-Serve-All Day’ (LASA)*, untuk menyalurkan bantuan sukarela dan menghulurkan tenaga bagi membantu MERCY Malaysia atau mana-mana organisasi pilihan mereka.

Nota: *LASA adalah hari cuti Grabbers untuk membuat kerja sukarela pilihan masing-masing.

Kami amat menghargai sokongan pihak Grab dalam bantuan banjir dan pelan pemulihan berterusan ketika mengharungi masa yang sangat kritikal ini. MERCY Malaysia menghargai usahasama ini kerana ia mengukuhkan masa tindak balas dan kesampaian kami terhadap kecemasan, memberi bantuan kemanusian kepada komuniti yang terkesan dan menangani keperluan terdesak mereka.

Presiden MERCY Malaysia, Prof Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Good job, Grab Malaysia!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd