Now Reading
PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun 2021

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun 2021

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit kepada kesemua pemegang unit bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.

Ini menjadikan keseluruhan pulangan sebanyak 5.00 sen seunit kepada 10.4 juta pemegang unit pada tahun 2021.

Jumlah unit dalam edaran ASB meningkat kepada 181.2 bilion tahun ini manakala bilangan pemegang unit bertambah sebanyak 200,000 dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 10.4 juta.

Ini mencerminkan kepercayaan berterusan rakyat Malaysia terhadap dana ASB.

ASB berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan kompetitif sehingga mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan yang mencatatkan kadar pulangan sebanyak 1.85%.

Peningkatan ini didorong oleh strategi kepelbagaian berterusan dana yang telah menjana prestasi kukuh hasil daripada pelaburan ekuiti global dengan pasaran ekuiti domestik yang lebih lemah.

Kami bersyukur usaha berterusan dalam strategi kepelbagaian dan pengukuhan portfolio kami telah membuahkan hasil positif. Prestasi pelaburan ekuiti global yang lebih kukuh telah berjaya mengurangkan kesan pasaran domestik yang mencabar. Ini menunjukkan betapa pentingnya strategi kepelbagaian dalam mengurus risiko portfolio untuk menjana pulangan yang mampan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria.

Namun, urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) di semua cawangan dan ejen ASNB telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun melalui portal myASNB di www.myasnb.com.my, aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 3 Januari 2022.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd