Now Reading
Kerajaan Beri Moratorium Sehingga 6 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Kerajaan Beri Moratorium Sehingga 6 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Moratorium ini merupakan inisiatif beberapa agensi kerajaan dan sektor perbankan untuk mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan di laman Facebook miliknya tentang inisiatif yang akan diberikan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Menurutnya, beberapa agensi kerajaan dan sektor perbankan telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat terjejas akibat banjir serta perniagaan mereka terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Antara kemudahan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah seperti berikut:

1. Moratorium sehingga enam bulan untuk pinjaman peribadi, rumah, kereta dan kad kredit

Rakyat yang terjejas akibat banjir akan diberi bantuan bayaran balik pinjaman sehingga tempoh enam bulan. Antara kemudahan tersebut termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.

2. Pembiayaan RM200 juta oleh Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat bencana banjir.

Bantuan ini akan disalurkan melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility).

BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.

3. TEKUN Nasional sediakan dana RM30 juta untuk PKMS yang terjejas

TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang terkesan.

Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.

4. Bank Simpanan Nasional beri pinjaman untuk beli barangan rumah

Bank Simpanan Nasional (BSN) memberi Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 kepada rakyat yan terjejas akibat banjir.

RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah.

Moratorium sehingga enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa mangsa banjir di seluruh negara.

Diharapkan inisiatif diberikan oleh kerajaan ini dapat membantu untuk mengurangkan bebas rakyat yang terjejas akibat banjir.

Sama-sama kita doakan semoga keadaan banjir di seluruh negara semakin pulih.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd