Now Reading
Beberapa Lokasi Di Shah Alam Dinaiki Air Semula Akibat Banjir Kilat

Beberapa Lokasi Di Shah Alam Dinaiki Air Semula Akibat Banjir Kilat

Lebuhraya Elite dan juga Lebuhraya Guthrie turut dinaiki air selepas berlakunya hujan lebat sejak lewat malam semalam, 21 Disember.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini (22 Disember), dilaporkan hujan lebat beserta guruh berlaku secara berterusan dari lewat malam sehingga awal pagi di beberapa kawasan sekitar Selangor termasuklah Shah Alam.

Berikutan hujan lebat berterusan sehingga pagi tadi, beberapa kawasan di sekitar Shah Alam iaitu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya dan Stadium Seksyen 13 dinaiki air semula.

Perkara tersebut disahkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa lebuhraya turut dinaiki air

Selain itu, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Plaza Tol Shah Alam juga kini bergerak perlahan selepas laluan kanan dinaiki air berikutan banjir kilat yang berlaku.

Lebuhraya Guthrie menuju ke Plaza Tol Shah Alam juga dinaiki air. Beberapa lorong ditutup dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kredit gambar: Twitter @redzuanNewsMPB

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan alternatif jalan yang lain bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengelakkan dari terperangkap di kawasan dinaiki air.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd