AirAsia Foundation Lancar Kempen Derma Untuk Pembinaan Semula Pasca Banjir
Kempen tersebut bermula pada hari ini (22 Disember) secara dalam talian melalui aplikasi BigPay dan menerusi kutipan derma secara tunai dalam semua penerbangan AirAsia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, Malaysia kini berada dalam keadaan yang begitu memilukan apabila bencana alam telah melanda beberapa buah kawasan di beberapa buah negeri sejak hujung minggu lalu.
Pastinya, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Taman Sri Muda.
Malah, sehingga 21 Disember – pasukan penyelamat dan sukarelawan turut menemui seramai 14 mangsa yang dipercayai maut akibat lemas.
BACA SINI:Â 14 Found Drowned: Latest Tally Of Flood Victims As Of 21 Dec
Kejadian banjir ini turut ‘memanggil’ orang ramai untuk menghulurkan bantuan sesama rakyat jelata. Tanpa mengira bangsa, agama, dan usia – rakyat Malaysia kini dilihat sambil berganding bahu membantu antara satu sama lain.
Syabas, Malaysians!
BACA JUGA: Apple Janji Hulur Bantuan Kepada Malaysia & Filipina Selepas Dilanda Bencana Alam
AirAsia Foundation lancar kempen derma
AirAsia Foundation melancarkan kempen derma Bantuan Banjir Malaysia untuk menyokong keperluan pembinaan semula komuniti yang terjejas akibat banjir yang telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia.
Kempen tersebut bermula pada hari ini (22 Disember) secara dalam talian melalui aplikasi BigPay dan menerusi kutipan derma secara tunai dalam semua penerbangan AirAsia.
Semua sumbangan akan diperuntukkan untuk membaiki dan membina semula infrastruktur yang rosak akibat banjir di lapan negeri dan menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.
Untuk menyokong inisiatif ini, AirAsia Foundation menjemput pertubuhan bukan keuntungan berdaftar dengan rekod prestasi yang baik dari segi bantuan dan pemulihan untuk memohon pembiayaan melalui foundation@airasia.com.
Kami semua berasa risau mengenangkan nasib mereka yang terjejas, termasuk keluarga kami di airasia. Salah satu keutamaan kami adalah untuk membantu komuniti tersebut membina semula kehidupan mereka dengan lebih baik. Justeru, dengan sokongan para tetamu dan pelanggan, kami berharap dapat membantu membina semula kehidupan bagi mangsa terjejas apabila kita beralih daripada fasa bantuan kecemasan kepada fasa pemulihan.
Pengarah Eksekutif AirAsia Foundation, Yap Mun Ching.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay, Salim Dhanani turut menjelaskan bahawa melalui kerjasama ini, mereka berharap ia dapat memudahkan para pengguna untuk menyumbang dana dengan selamat bagi membantu pemulihan rakyat Malaysia yang terjejas.
BigPay ingin menjadikan kutipan derma lebih mudah dan lancar. Kempen bantuan yang telah dilancarkan sebelum ini menunjukkan bahawa tidak kira sekecil manapun usaha yang dilakukan, bersama-sama kita boleh membuat perbezaan kepada mereka yang terjejas oleh bencana alam.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay, Salim Dhanani.
Derma melalui aplikasi BigPay kini boleh dilakukan untuk pengguna telefon Android. Penderma boleh menekan tab ‘Payments’ dan klik pada butang ‘Donations’.
Pengguna BigPay perlu mengemas kini aplikasi mereka untuk menderma.
Peti kutipan derma pula akan digerakkan dalam penerbangan AirAsia Malaysia mulai 25 Disember ini.
AirAsia Foundation telah menyokong pelbagai organisasi untuk memberikan bantuan kepada komuniti dalam krisis. Sejak tahun 2013, yayasan ini telah menyumbang lebih RM14 juta untuk menyokong program pemulihan dan pemuliharaan bencana selepas Typhoon Haiyan (2013), banjir di Malaysia (2014), gempa bumi di Nepal (2015) dan tsunami di Palu (2018).
Pada tahun 2019, AirAsia Foundation dan BigPay bekerjasama untuk mengumpul RM178,000 bagi menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada komuniti kurang bernasib baik yang terjejas oleh pandemik.
Untuk maklumat lanjut dan status kutipan derma, KLIK SINI.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.