Now Reading
AEON Shah Alam Mohon Maaf Atas Kekurangan Semasa Bantu Mangsa Banjir

AEON Shah Alam Mohon Maaf Atas Kekurangan Semasa Bantu Mangsa Banjir

Ketika kejadian, pihak AEON Shah Alam tidak menyedari akan situasi sebenar banjir yang berlaku di kawasan sekitar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang mangsa banjir yang terperangkap di jalan raya berdekatan AEON Shah Alam memuat naik satu posting di Facebook mendakwa pihak pusat beli-belah itu menghalau mereka yang ingin berteduh.

Menerusi posting berkenaan, individu tersebut didakwa dihalau oleh pihak sekuriti AEON Shah Alam pada jam 10 malam ketika sedang hujan dan terperangkap dalam banjir.

Katanya risau jika terdapat sebarang insiden kecurian berlaku di dalam pusat beli-belah berkenaan.

Walau bagaimanapun, media tempatan memaklumkan syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) telah membenarkan mangsa yang terperangkap memasuki premis berkenaan tidak lama selepas beberapa aduan dibuat.

Ketika kejadian, pihak mereka tidak menyedari akan situasi sebenar banjir yang berlaku di kawasan sekitar.

AEON minta maaf dan bantu mangsa

Berikutan tular insiden dikatakan AEON menghalau mangsa banjir keluar, pihak AEON Shah Alam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Pihak pengurusan AEON turut memaklumkan mereka telah membantu 570 orang pelanggan yang terkandas disebabkan oleh banjir kilat di Shah Alam, Selangor.

Pihak mereka sedaya udaya berusaha untuk memberi keselasaan yang terbaik kepada mangsa banjir meskipun pekerja mereka tidak bersedia menghadapi situasi tersebut.

Dalam pada masa yang sama, seramai 73 kakitangan AEON dan 255 penyewa yang turut terkandas ketika banjir berlaku.

Ruang berhawa dingin yang mampu menampung seramai 200 orang juga dibuka untuk mereka yang ingin berlindung di tempat yang selamat.

Bukan hanya menyediakan tempat untuk berlindung, malah pihak AEON juga memberikan bantuan keperluan seperti makanan, minuman serta pakaian kepada mangsa yang terperangkap.

Walau bagaimanapun, penjarakan sosial masih dipraktikkan bagi memastikan tiada penularan wabak berlaku ketika bantuan diberikan kepada orang ramai.

Kejadian banjir seperti ini pertama kali berlaku di Selangor. Jadi, ramai pihak yang masih terkejut dan tidak bersedia menghadapinya.

Apa-apa pun, syabas pihak AEON Shah Alam kerana telah banyak membantu mangsa yang terperangkap.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd