Now Reading
Mangsa Kebakaran Flat Sri Johor Terima Bantuan RM1,000 & Rumah Baharu

Mangsa Kebakaran Flat Sri Johor Terima Bantuan RM1,000 & Rumah Baharu

Kejadian kebakaran itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di bahagian tengah blok sebelum merebak ke unit yang lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (19 Disember), beberapa buah rumah di unit tingkat empat Blok 31, Flat Sri Johor, Cheras dilaporkan terbakar.

Kebakaran yang dipercayai berlaku pada jam 9.20 pm itu telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira pukul 11 pm.

Memetik laporan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di bahagian tengah blok sebelum merebak ke unit yang lain.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Setiap keluarga terima bantuan RM1,000

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa hiba ketika sempat ke lokasi kejadian dan meninjau tapak kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras.

Ketika beliau tiba di lokasi, pihak bomba dilihat masih berusaha untuk memadam kebakaran di blok tersebut.

Berikutan itu, beliau memaklumkan lapan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut bakal menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000.

Selain itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan memindahkan kesemua lapan buah keluarga ke rumah baharu bagi membantu mereka yang hilang tempat tinggal.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Ismail Sabri berharap agar kesemua mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut.

Sehingga kini, kesemua penduduk flat dan mangsa kebakaran ditempatkan di dewan serbaguna buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan tempat tinggal mereka.

Kredit: my times

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd