KL Masih ‘Selamat’ Selepas 5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Smart Tunnel
Sejak Smart Tunnel dibina pada tahun 2007 – ini merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Banjir di Lembah Klang mungkin menjadi lebih teruk jika bukan kerana Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir.
Sebanyak lima juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART pada 18 Disember.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 PM, Sabtu (18 Disember).
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.
Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 18 Disember 2021 sehingga 19 Disember.

Cipta rekod baharu
Jelas beliau lagi, sejak dibina pada tahun 2007 – ini merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam.
Ini merupakan satu rekod yang baru bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari tiga jam operasi lencongan. Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang menerusi Sinar Harian.
Lembah Klang mungkin bertambah teruk jika air tidak dapat dilencongkan.
Jelasnya, jika lima juta meter padu itu tidak dapat dilencongkan, beliau percaya keadaan banjir yang melanda Lembah Klang bertambah buruk.
Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan lima juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan. Bayangkan kalau ada lagi lima juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang menerusi Sinar Harian.
BACA JUGA: Ministers’ Visit To Flood-Affected Areas Draws Criticism Online

(Kredit: ResearchGate)
Projek Mega
Smart Tunnel disebut sebagai antara terowong terhebat di dunia malah pernah dipaparkan di National Geographic.
Ia dibina oleh MMC Corp dalam usaha sama dengan Gamuda untuk mengurangkan banjir berulang di bandar raya Kuala Lumpur, hab kewangan, perniagaan dan komersial Malaysia.
Dibuka pada tahun 2007, Smart Tunnel berfungsi untuk melencongkan air banjir ke dalam terowong pintasan di saluran bawah terowong lebuh raya itu.
Dengan panjang 9.7 km, terowong milik kerajaan itu merupakan terowong air ribut terpanjang di Asia Tenggara dan yang kedua terpanjang di Asia.
Pembinaan terowong itu bermula pada November 2003 dan menelan belanja RM1.887 bilion (AS$514.6 juta).
Smart Tunnel adalah untuk menjadikan KL lebih ‘smart’. (Sumber: YouTube)
Tetapi begitu banyak masalah pada mulanya? Adakah tiada pilihan lain untuk mengurangkan banjir?
Sebenarnya, projek Smart Tunnel memuncak daripada perancangan banjir berdekad lamanya selepas banjir besar Kuala Lumpur 1971.
BACA JUGA: Major Flood Once Every 50 Years: How The Recent Flood Stacks Up Against Previous Catastrophes
Epic White Elephant?
Setiap kali berlaku banjir kilat di bandar, Smart Tunnel pasti akan terlintas di fikiran orang ramai.
Kritikan demi kritikan telah diluarkan oleh rakyat kerana gagal mengurangkan banjir kilat di bandar itu. Antara aduan selama ini ialah Smart Tunnel lambat dalam memberi bertindak balas.
Orang ramai telah berkali-kali menggunakan media sosial untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap Smart Tunnel ini.
Banjir kilat baru-baru ini yang memusnahkan Lembah Klang – dikatakan paling teruk pernah direkodkan dalam beberapa dekad – membuktikan sekali lagi bahawa negara pasti terlepas sesuatu.
Dalam pembelaannya, kerajaan berkata sistem perparitan yang lemah adalah penyebab banjir kilat yang berulang.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.