Kematian Pertama Akibat Banjir Direkod Di Shah Alam, Malam Tadi (19 Disember)
Mangsa merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22, Shah Alam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Banjir di Selangor pada hujung minggu telah meragut mangsa pertama selepas seorang lelaki ditemui lemas di Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata mangsa merupakan warga Malaysia berusia dalam lingkungan 30-an.

(Kredit: Orang awam)
Pihak polis menjelaskan pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki tersebut yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22 kira-kira pukul 7.50 pm.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sehingga semalam (19 Disember), lebih 20,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka yang dinaiki air ke pusat pemindahan.
UPDATE: Waris mangsa telah tiba di lokasi kejadian.
Menerusi perkongsian di media sosial sejak malam tadi, pihak TRP dimaklumkan bahawa mangsa dikenali sebagai Tong Kah Keong dipercayai cuba untuk berenang dan merentasi kawasan yang ditenggelami air setelah pulang dari kerja, kira-kira jam 3 pagi (19 Disember).
Walau bagaimanapun, mangsa dipercayai telah lemas dan meninggal dunia.
Pada jam 12:03 malam tadi, beberapa orang awam yang berada di sana mengesahkan bahawa waris mangsa telah tiba di lokasi kejadian.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.

