MetMalaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Buah Negeri
MetMalaysia telah mengeluarkan amaran merah di lapan daerah Selangor dan di Kuala Lumpur sehingga hari ini (19 Disember).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia.
Amaran merah (RED ALERT) telah dikeluarkan di lapan daerah Selangor dan di Kuala Lumpur sehingga hari ini, Ahad (19 Disember).
MetMalaysia dalam kenyataan terbarunya berkata hujan lebat dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata amaran itu berkuat kuasa sehingga hari ini (Ahad) bagi dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang.
Kawasan lain di bawah amaran merah ialah Jerantut, Bentong dan Kuantan di Pahang.
Daerah di Kelantan yang dikenal pasti mengalami hujan lebat berterusan ialah Gua Musang, manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.
Amaran hujan berterusan (alert-level bagi amaran hujan berterusan) sehingga 19 Disember juga telah dikeluarkan bagi negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Arahan yang sama juga berkuat kuasa di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah.
Dalam laporan terbaru dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), lima negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka kini dilanda banjir.
BACA LANJUT:Â Port Klang Worst Hit By Flood, Netizens Share Flood Images In Other Areas
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
— NADMA Malaysia (@mynadma) December 18, 2021
(pada jam 1:25 pm, 18/12/21)
Untuk maklumat lanjut, mohon layari https://t.co/KWa2QwAPO6#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/CETuDBdOip
Maklumat lanjut mengenai amaran cuaca terkini di seluruh negara boleh didapati di laman web MET Malaysia di www.met.gov.my.
BACA JUGA: 7 Things To Do In This Rainy Weather So Your Weekend Isn’t Wasted
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.