Now Reading
[Video] Kelibat ‘Long Tiger’ Dikesan Melalui Rakaman CCTV. Atau Pelanduk?

[Video] Kelibat ‘Long Tiger’ Dikesan Melalui Rakaman CCTV. Atau Pelanduk?

Walau bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tersebut masih belum dipastikan.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 15 Disember lalu telah berlakunya satu kes di mana seorang lelaki berketurunan Rohingya kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

BACA LANJUT: ‘Long Tiger’ Diburu Polis Selepas Berjaya Lolos Dari Lokap Mahkamah

Suspek, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, atau lebih dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dipercayai berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Suspek yang dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid.
(Kredit: Media Mulia/Kosmo)

Difahamkan, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek, namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

Kelibat ‘Long Tiger’ dirakam CCTV?

Memetik laporan Kosmo hari ini (17 Disember), kelibat seorang lelaki dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mirip ‘Long Tiger’.

Menerusi rakaman tular di aplikasi TikTok itu, seorang individu yang memakai baju berwarna putih berkepala botak dilihat sedang berlari di sebuah lorong belakang beberapa buah premis.

Walau bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tersebut masih belum dipastikan.

Ketika ini, segelintir individu menganggap bahawa pemuda tersebut adalah pelanduk dua serupa Long Tiger. Namun, ada juga yang merasakan itu sememangnya suspek yang diburu oleh pihak berkuasa.

PDRM dalam satu kenyataan turut meminta kerjasama orang ramai yang terlihat suspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk menghubungi pihak mereka dalam kadar segera.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd