Now Reading
Kerajaan Kekalkan Had Umur Perkahwinan Minimum Pada 16 Tahun

Kerajaan Kekalkan Had Umur Perkahwinan Minimum Pada 16 Tahun

Hanya Selangor sahaja yang telah meminda had umur minimum perkahwinan yang sah bagi orang Islam kepada 18 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selepas perbincangan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan had umur perkahwinan minimum bagi gadis beragama Islam kepada 16 tahun selepas mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan had kepada 18 tahun.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, maklum balas yang diterima daripada kerajaan negeri mendapati “tidak perlu menyemak had umur perkahwinan minimum untuk gadis beragama Islam”.

Memetik laporan Malaysiakini, kebanyakan negeri telah bersetuju untuk mengekalkan had umur sedia ada seperti yang termaktub dalam undang-undang keluarga Islam setiap negeri.

Menurut Idris, Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) memastikan mereka yang membuat permohonan untuk berkahwin bawah umur perlu melalui proses penilaian yang ketat bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara.

Idris juga berkata prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan tiga tahun lalu ini menunjukkan pengurangan sebanyak 787 kes permohonan perkahwinan bawah umur.

Keputusan itu telah mendorong bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh untuk menyoal Rina Harun serta Siti Zailah tentang progress pelan hala tuju lima tahun bagi menghapuskan perkahwinan kanak-kanak yang sebelum ini dikemukakan oleh Dr Wan Azizah.

Kredit: Twitter @hannahyeoh

Ada yang tertinggal

Dalam satu kenyataan bertarikh 16 Disember, Sisters in Islam melaporkan hanya Selangor sahaja telah meminda had umur minimum perkahwinan yang sah bagi orang Islam kepada 18 tahun.

Sebelum ini pada 2019, tujuh negeri iaitu Sarawak, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Terengganu telah menentang cadangan untuk menaikkan had umur perkahwinan minimum kepada 18 tahun.

Menurut laporan Malaysiakini pada tahun 2019, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak telah bersetuju untuk meminda undang-undang keluarga Islam mereka.

BACA JUGA: How Msia’s Complex Laws Put Child Marriage Ban At A Standstill

Sisters in Islam juga menegaskan bahawa banyak negara Islam telah memperbaharui undang-undang mereka dan meningkatkan umur perkahwinan minimum kepada 18 tahun.

Perkara itu turut disuarakan oleh bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya di Twitter yang mengatakan bahawa alasan kurang sesuai digunakan untuk mengekalkan usia perkahwinan pada 16 tahun.

Kredit: Twitter @LatheefaKoya
Kredit: Twitter @LatheefaKoya

Sisi gelap perkahwinan bawah umur

Isu perkahwinan kanak-kanak telah menjadi satu perkara yang merumitkan. Terdapat pelbagai laporan menunjukkan bagaimana perkahwinan boleh membahayakan pengantin kanak-kanak seperti kehilangan zaman kecil, terpaksa berhenti sekolah, rogol perkahwinan, pengalaman hampir mati semasa bersalin pada usia muda dan banyak lagi.

Seorang wanita dengan nama samaran Emmy berkongsi pengalamannya semasa dia bekerja sebagai pekerja sosial.

Pada mulanya, dia bersetuju dengan perkahwinan kanak-kanak kerana dibenarkan dalam agama tetapi apa yang dilihat dalam bidang kerjanya telah membuatkan dirinya berubah fikiran.

Dia mengkaji dengan lebih mendalam tentang isu ini dan mendapati Al Azhar iaitu salah satu pusat pengajian Islam paling berprestij di dunia telah mengeluarkan fatwa yang membantah perkahwinan kanak-kanak.

Malah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak boleh diamalkan, tanpa sebarang pengecualian.

Pada 2014, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengisytiharkan perkahwinan kanak-kanak sebagai amalan ‘tidak sihat’.

Tambah JAKIM, pakar kesihatan dan psikologi mengesahkan wujudnya masalah kesihatan fizikal dan mental dalam perkahwinan kanak-kanak.

BACA JUGA: Tweet By M’sian Brings To Light The Dark Side Of Child Marriages In Malaysia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd