Now Reading
Air Selangor Jangka Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Malam Ini, 17 Disember

Air Selangor Jangka Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Malam Ini, 17 Disember

Sehingga kini, 77.8% kawasan di Hulu Langat dan 7.6% di kawasan Petaling sudah menerima bekalan air seperti biasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (16 Disember), sebanyak 463 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) mengalami gangguan air tidak berjadual.

Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan ini berlaku disebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang tercemar akibat diesel.

Berikutan itu, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.

BACA JUGA: Pencemaran Bau Diesel Di Sungai Semenyih, 463 Kawasan Lembah Klang Alami Gangguan Bekalan Air

Bekalan air bakal pulih hari ini

Memetik laporan, Air Selangor memberitahu proses rawatan air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah dimulakan berikutan tiada pencemaran bau dikesan di muka sauk.

Walau bagaimanapun, sebanyak 81 lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Setakat jam 6:00 pagi hari ini (17 Disember), pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 12%.

Sehingga kini, 77.8% kawasan di Hulu Langat dan 7.6% di kawasan Petaling sudah menerima bekalan air seperti biasa.

Kredit: Air Selangor

Tempoh pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 11:30 malam hari ini.

Ini adalah status terkini pemulihan air di beberapa kawasan yang terjejas sekitar Selangor.

Status pemulihan kawasan yang terjejas boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd