Now Reading
Grab Kini Ambil Alih Jaya Grocer

Grab Kini Ambil Alih Jaya Grocer

Grab juga menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan pelabur tempatan yang bakal memiliki 50% saham dalam Jaya Grocer.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jenama e-hailing terkemuka, Grab Holdings Ltd (Grab) baru-baru ini telah sah menjadi pemilik baharu kepada rangkaian pasar raya premium iaitu Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd.

Grab yang baru sahaja tersenarai di dalam Nasdaq mengumumkan telah menandatangani perjanjian pembelian saham dengan pemegang saham Jaya Grocer ketika itu untuk memperoleh semua saham biasa dan 75% saham keutamaannya.

Walau bagaimanapun, nilai pembelian saham itu tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak. Namun, sesetengah sumber media melaporkan perjanjian itu membawa nilai RM1.5 bilion sehingga RM1.8 bilion.

Urus niaga ini mengambil masa 17 hari selepas pengasas Jaya Grocer iaitu keluarga Teng membeli semula keseluruhan saham mereka dalam perniagaan pasar raya berkenaan daripada AIGF Advisors Pte Ltd.

Kredit: Time Out

Difahamkan, keluarga Teng telah membeli semula 45% saham bernilai kira-kira RM411 juta. Sebelum ini, AIGF dilaporkan sebagai pemegang saham pada tahun 2016 dengan pelaburan sebanyak RM300 juta.

AIGF turut memberitahu bahawa pelaburannya dalam Jaya Grocer pada tahun tersebut adalah sebagai strategi untuk melihat syarikat lain yang berpotensi untuk dilabur selain ingin meningkatkan nilai perniagaan.

Mahu berkolaborasi dengan pelabur tempatan

Kredit: Grab

Memetik laporan, Grab juga menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan pelabur tempatan yang bakal memiliki 50% saham dalam Jaya Grocer.

Jaya Grocer dijangka bakal menjadi anak syarikat Grab Holdings Ltd dan segala keputusan tentang kewangannya akan disatukan dengan Grab.

Sehingga kini, Jaya Grocer memiliki 40 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dengan majoritinya di kawasan Lembah Klang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd