Now Reading
Bot Bawa Pendatang Tanpa Izin Dari Indonesia Karam, 11 Individu Ditemui Lemas

Bot Bawa Pendatang Tanpa Izin Dari Indonesia Karam, 11 Individu Ditemui Lemas

Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 60 pendatang tanpa izin berada di dalam bot tersebut sebelum berlakunya kejadian bot karam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor awal pagi semalam (15 Disember), sebuah bot yang membawa 60 orang pendatang tanpa izin telah karam.

Menurut Bernama, Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria menjelaskan bahawa kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 4:30 pagi.

Operasi mencari serta menyelamat mangsa yang masih hilang giat dilakukan.

Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 60 pendatang tanpa izin berada di dalam bot itu. 10 mayat ditemukan oleh pasukan Tentera Darat Malaysia.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria menerusi Bernama.

APMM aktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat)

Dalam satu kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seperti yang dilaporkan oleh Yahoo Malaysia, bot itu mengalami kesukaran di perairan Tanjung Balau.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan Op Carilamat bermula 8.50 pagi (15 Disember) dengan mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50.

Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar yang mendapat maklumat berhubung penemuan bot berkenaan daripada Markas Taktikal Tanjung Sepang.


Barangan milik mangsa lemas ditemui

Susulan kejadian itu, kesemua barangan dipercayai milik 11 individu yang lemas telah ditemui dipersisiran pantai. Barangan yang ditemui adalah termasuk gambar keluarga, baju, kopiah, beg, dan sebagainya.

Setakat kemas kini jam 11:05 pm (15 Disember), Bernama menerusi Twitter melaporkan mayat yang telah ditemui adalah 11 orang, manakala 25 lagi masih hilang.

Salam Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan insan tersayang dalam tragedi ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd