Now Reading
Polis Beri Amaran Bakal Dikenakan Tindakan Jika Sertai Perhimpunan Masjid

Polis Beri Amaran Bakal Dikenakan Tindakan Jika Sertai Perhimpunan Masjid

Pengerusi Masjid Al-Mustaghfirin serta Pejabat Agama Islam Barat Daya turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak memberi sebarang kebenaran terhadap penganjuran perhimpunan berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Isu merapatkan saf solat jemaah di masjid mula timbul sejak orang ramai berkumpul bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Takzim dengan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bukit Jalil pada 30 November lalu.

Isu ini turut mendapat perhatian seorang Mufti Negeri Perlis iaitu Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA.

Menurutnya, beliau agak musykil apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi alasan kononnya risau tentang jangkitan Covid-19 jika saf para jemaah di masjid boleh dirapatkan.

Sehingga kini, para jemaah masjid masih dilarang untuk merapatkan saf ketika solat berjemaah.

BACA JUGA: “Virus Cuma Datang Masjid Je Ke?”- Mufti Perlis Persoal KKM Tak Benar Rapat Saf Di Masjid

Jemaah masjid nak buat perhimpunan

Berikutan itu, satu perhimpunan didakwa bakal dianjurkan oleh Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di luar perkarangan Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, Pulau Pinang hari ini (10 Disember) selepas selesai Solat Jumaat.

Satu poster dan video berdurasi seminit 44 saat telah dimuat naik di laman sosial pada 9 Disember untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunaan berkenaan.

Perhimpunan tersebut dirancang bagi mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) supaya membenarkan jemaah masjid untuk merapatkan saf solat.

Kredit: Facebook Wiranita Negeri Pulau Pinang

Masyarakat boleh didenda jika sertai perhimpunan

Susulan video dan poster yang telah tersebar itu, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain memaklumkan perkara ini selaras dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang sebarang aktiviti perhimpunan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Individu yang menyertai perhimpunan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Dalam pada masa yang sama, Pengerusi Masjid Al-Mustaghfirin serta Pejabat Agama Islam Barat Daya turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak memberi sebarang kebenaran terhadap penganjuran perhimpunan berkenaan.

Kredit: Facebook Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd