JPJ & PDRM Tawar Diskaun Bayaran Saman Bermula 9 Disember Ini
Kaunter pembayaran saman bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini akan dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Walaupun sudah wujud peraturan jalan raya yang ditetapkan, masih ada lagi individu yang tidak mengendahkan perkara itu.
Kesalahan yang sering dilakukan adalah seperti melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had kelajuan, tingkap cermin kereta terlalu gelap dan sebagainya.
Jika ditangkap sengaja melakukan kesalahan, boleh dikenakan saman dan nama anda akan disenaraikan di dalam Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Sistem KEJARA ini adalah suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pesalah yang gagal membayar saman akan disenaraihitam serta tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik.
Tawaran diskaun untuk pembayaran saman
Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun pembayaran saman.
Kaunter pembayaran saman bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini akan dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Tawaran diskaun ini hanya sah dari 9 Disember sehingga 12 Disember 2021 sahaja.
Inisiatif pengurangan kadar pembayaran saman ini dilakukan bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini. Siapa-siapa yang kena bayar saman tu lebih baik segera lunaskan hutang anda.
Bukan selalu dapat diskaun macam ini kan?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.