Now Reading
Harga Kopitiam Tradisional Dijangka Meningkat Bermula 1 Januari 2022

Harga Kopitiam Tradisional Dijangka Meningkat Bermula 1 Januari 2022

Pemilik perniagaan kopitiam menjelaskan harga sewa yang mahal, kos operasi tinggi serta rendah keuntungan menjadi punca utama di sebalik kenaikan harga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Malaysia kini mengalami perubahan dalam bidang kulinari selepas laporan memaklumkan bahawa harga minuman di gerai kopitiam tradisional dijangka meningkat tahun depan. Kedua-dua kedai kopi serta restoran seluruh negara kini memerlukan lesen untuk menjual alkohol.

Memetik laporan Malay Mail, salah seorang daripada peniaga kopitiam menjelaskan bahawa kenaikan harga secara purata antara 20 hingga 60 sen untuk secawan, bergantung kepada lokasi kedai.

Harga akan meningkat 20 hingga 30 sen di luar bandar dan antara 40 hingga 60 sen di bandar.

Kredit: CK Lim menerusi Malay Mail

Pemilik perniagaan kopitiam menjelaskan harga sewa yang mahal, kos operasi tinggi serta rendah keuntungan menjadi punca utama di sebalik kenaikan harga. Mereka telah bersetuju untuk mengguna pakai harga baharu bermula 1 Januari 2022.

Seorang pemilik berkata bahawa harga barangan seperti susu dan gas memasak yang semakin mahal menjadikan perniagaan semakin sukar untuk bertahan.

BACA JUGA: Setiap Pasar Ada Harga Kartel Sayur Ditetapkan, Tak Boleh Naikkan Harga Sesuka Hati

Kedai-kedai juga kini kekurangan pekerja kerana gaji bulanan pekerja asing serta yuran tahunan yang perlu dibayar kepada agensi untuk menggaji mereka telah meningkat daripada RM1,200 kepada RM1,650 dan RM6,000 kepada RM9,500.

Sementara itu, The Vibes melaporkan bahawa Jabatan Kastam telah mengeluarkan arahan untuk menguatkuasakan lesen penjualan runcit minuman keras di restoran atau mana-mana kedai kopi, termasuklah kedai kopi bertemakan Malaysia.

Jabatan Kastam telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menguatkuasakan lesen tersebut.

Keputusan itu secara teknikalnya berada dalam perbincangan sejak 28 tahun lalu apabila arahan untuk melesenkan penjualan minuman keras selain ‘beer’ dan ‘stout’ di kedai kopi serta restoran telah ditangguhkan oleh kerajaan sejak 24 Ogos 1993.

Kredit: Farhan Najib menerusi Malay Mail

Peraturan baharu itu telah dikeluarkan pada Ogos 2021 kepada majlis perbandaran di Lembah Klang dan seluruh negara.

Dimaklumkan bahawa keperluan untuk melesenkan minuman keras adalah di bawah Akta Eksais 1976 (Akta 176) dan Peraturan Eksais 1977.

BACA JUGA: D-Day For Kopitiams: Can’t Sell Beers Without A License Starting 1 January

Tindakan itu walau bagaimanapun mendapat tentangan daripada pihak berkepentingan, termasuklah Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guang Eng yang terkejut dengan pengeluaran lesen itu yang dianggap akan membebankan lebih banyak perniagaan terutamanya dalam krisis Covid-19.

Semuanya bergantung kepada waktu operasi perniagaan, lesen minuman keras akan menelan kos perniagaan antara RM840 dan RM1,320 setahun.

BACA JUGA: Why Alcohol Restriction Is The Right Move, Says NGOs


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd