Now Reading
Polis Tahan 300 Pengunjung Parti Liar Di Brickfields

Polis Tahan 300 Pengunjung Parti Liar Di Brickfields

Hasil siasatan mendapati pengunjung parti itu perlu membayar RM60 terlebih dahulu sebelum mendapat jemputan melalui aplikasi media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kelonggaran yang diberikan membolehkan kita kembali melakukan aktiviti yang digemari bersama orang tersayang.

Bagi sekumpulan pengunjung parti, mereka mengambil pepatah semakin ramai semakin meriah ke tahap yang seterusnya.

Seramai 303 orang termasuk 111 orang wanita telah ditahan dalam pesta liar kolam renang di sebuah kelab swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

Keadaan semasa serbuan. (Kredit: Facebook)

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan bahawa mereka yang ditahan dalam parti bermula pada jam empat petang itu terdiri daripada 161 lelaki warga asing, 55 wanita serta 31 lelaki tempatan dan 56 wanita.

Kami menjalankan siasatan sebelum melakukan serbuan. Difahamkan setiap individu perlu membuat bayaran RM60 untuk menyertai parti itu sebelum dijemput melalu aplikasi media sosial.

Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata pada siang media berkaitan parti liar itu.

Dalam serbuan pada jam 10.50 malam itu, beberapa orang wanita yang hanya berpakaian dalam dikatakan sedang menari dan bermandi-manda di dalam kolam tersebut.

Serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor bersama anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Sementara itu, ujian air kencing turut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur terhadap kesemua yang ditahan.

Keadaan semasa serbuan. (Kredit: Facebook)

Perkara yang dianggap sebagai ‘Perhimpunan Haram’ ketika ini

Mnegikut SOP Pelan Pemulihan Nasional Fasa 4 terkini yang dikeluarkan pada 7 November, masih terdapat sekatan ke atas sesuatu perhimpunan.

BACA JUGA: Klang Valley & Melaka Goes Into Phase 4 On Monday

Antara beberapa sekatan itu adalah pemilik premis dan pemegang lesen perniagaan perlu mengehadkan bilangan pelanggan di premis mereka bagi memastikan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Had pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam premis pada satu-satu masa mesti dipaparkan secara terbuka. Premis digalakkan untuk menggunakan sistem giliran bernombor bagi memantau dan mengawal aliran pelanggan dengan baik.

Perjumpaan beramai-ramai dibenarkan bagi individu yang sudah lengkap vaksinasi, tetapi bilangan peserta mestilah tidak melebihi 50% daripada kapasiti tempat dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati sengaja melanggar peraturan.

Lelaki dan wanita hanya mahu berseronok

Insiden ini bukanlah kali pertama berlaku terutamanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang bermula tahun lepas.

Malah, pihak berkuasa juga mendapati bahawa mereka bersalah di sisi undang-undang walaupun hanya ingin mereka berseronok.

BACA JUGA: Two More Cops Nabbed At Wild Party In A Luxury Apartment KL

Mungkin sesetengah orang hanya mahu berseronok untuk melepaskan tekanan dan kebimbangan mereka.

Namun bergitu, kita masih boleh berseronok dengan cara yang bertanggungjawab kerana pada akhirnya, undang-undang masih tetap perlu dipatuhi.

BACA JUGA: Ketua Balai, 3 Anggota PDRM & 4 Individu Ditangkap Dalam Serbuan Pesta Liar


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd