Now Reading
Setiap Pasar Ada Harga Kartel Sayur Ditetapkan, Tak Boleh Naikkan Harga Sesuka Hati

Setiap Pasar Ada Harga Kartel Sayur Ditetapkan, Tak Boleh Naikkan Harga Sesuka Hati

Kalau ada peniaga yang menjual di bawah daripada harga yang ditetapkan, berkemungkinan peniaga berkenaan tidak boleh berniaga di kawasan itu lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jika sebelum ini, harga ayam dan telur telah dilaporkan menaik.

Walau bagaimanapun, kenaikan harga sayur telah menjadi punca kemarahan rakyat Malaysia baru-baru ini sebaik perkara itu diumumkan pada 24 November 2021.

Kenaikan sehingga 40% – 200%.

Ahli Parlimen (AP) Kangar, Noor Amin Ahmad menerusi akaun Twitternya turut memuat naik infografik membandingkan harga sayur-sayuran itu yang menunjukkan peningkatan daripada 40% kepada 200%.

Memang meroket harga sayur sekarang ini.

BACA LANJUT: Vegetable Prices Rise Sharply And Netizens Are Outraged


Semua pasar ada harga kartel sendiri

Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid berkata harga sayur tidak sewenang-wenangnya boleh ditetapkan oleh peniaga sayur.

Ini kerana kesemua pasar di seluruh negara mempunyai harga kartel sendiri yang telah ditetapkan mengikut kawasan.

Seperti di Pasar Selayang, mereka ada kartel sendiri, ada cara kawalan harga sendiri, semua orang kena jual harga yang ditetapkan. Jadi peniaga kena patuh. Kalau ada peniaga yang menjual di bawah daripada harga yang ditetapkan, esok berkemungkinan peniaga berkenaan tidak boleh berniaga di situ. Nanti peniaga lain di sana akan boikot atau mereka akan cari jalan untuk peniaga itu keluar.

Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Jelasnya lagi, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebelum ini memberi jaminan harga jualan produk sayuran kekal pada harga rendah dan berpatutan walaupun berlaku kenaikan mendadak harga produk tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd