Now Reading
KKM Keluarkan Polisi Terkini Untuk Para Pelawat & Penjaga Di Hospital

KKM Keluarkan Polisi Terkini Untuk Para Pelawat & Penjaga Di Hospital

Setiap pelawat dan penjaga wajib melakukan ujian saringan 72 jam sebelum dan perlu disahkan negatif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan polisi terkini melibatkan penjaga dan pelawat yang ingin melawat pesakit di hospital semasa Covid-19.

Polisi ini dikeluarkan demi mengurangkan penularan wabak berkenaan daripada terus menjangkiti masyarakat terutamanya pesakit, pelawat dan petugas kesihatan.

Namun, hanya beberapa kategori pesakit sahaja yang dibenarkan untuk menerima pelawat atau penjaga, iaitu:

  • Pesakit yang menghidap penyakit kritikal.
  • Pesakit yang memerlukan penjagaan palliatif.
  • Pesakit tenat.
  • Pesakit kurang upaya.
  • Pesakit warga emas.
  • Pesakit yang memerlukan bantuan komunikasi.
  • Pesakit kanak-kanak.
  • Ibu dalam proses bersalin.

Syarat pelawat dan penjaga yang dibenarkan

Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk para pelawat dan penjaga adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Lengkap vaksinasi Covid-19.
  • Tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 seperti warga emas atau mempunyai sistem imuniti yang lemah.
  • Tidak disyaki menghidapi Covid-19.
  • Tiada gejala Covid-19.
  • Mengisi borang deklarasi Covid-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE).

Bagi kesemua penjaga dan individu yang ingin menemani ibu mengandung semasa proses bersalin, mereka diwajibkan menjalani ujian saringan PCR atau RTK Antigen 72 jam sebelum memasuk ke hospital dan perlu disahkan negatif.

Bagi pesakit yang menerima rawatan pesakit luar atau Jabatan Kecemasan, hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan. Selain itu, hanya seorang pelawat dibenarkan dalam sesi lawatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd