Harga Roti Gardenia Mula Naik Bermula 1 Disember
Tiada siapa suka bila kesemua barangan keperluan naik harga secara tiba-tiba macam ni.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ingatkan kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran sudah cukup membimbangkan, kini nampaknya pengeluar roti tempatan Gardenia pula dilihat akan menaikkan harga roti mereka mulai 1 Disember 2021.
Satu gambar telah tular baru-baru ini menunjukkan harga semakan untuk produk Gardenia termasuk Original Classic yang akan meningkat daripada RM2.38 kepada RM2.80 dan roti kegemaran ramai seperti Twiggies (daripada RM1.49 kepada RM1.80).
Harga baru roti gardenia bermula 1 Disember 2021 pic.twitter.com/PukuIOZ7YH
— Twt_Bajet (@twt_bajet) November 25, 2021
Ala. Mahalnya. 🙁
Netizen marah bila harga roti naik tiba-tiba
Sekarang ini sememangnya merupakan tempoh yang sukar bagi pengguna di Malaysia kerana harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran dan ayam dilihat turut mengalami peningkatan yang ketara.
Malah, ada yang naik sebanyak 3 kali ganda daripada harga asal.
BACA LANJUT: Harga Sayur Naik Mendadak, Ramai Terkejut & Luah Rasa Tidak Puas Hati
Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dan turut mengkritik harga baharu itu serta mengeluh menerima hakikat bahawa mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian mereka.
“RIP, B40”, tulis seorang individu.
RIP B40 https://t.co/6VODQcgc0Y
— Helmi-senpai ( ヘルミ先輩 ) | 🇲🇾 (@NerdKid_94) November 25, 2021
Ada yang menegaskan bahawa ini mungkin petanda negara menghadapi inflasi – di mana menurut Investopedia bermakna penurunan dalam kuasa beli.
Inflasi https://t.co/g4BeZxZqf1
— 🇵🇸🇲🇾ڤوتري نورديني🕊 (@PuteriNurDini) November 25, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.