Now Reading
Penganjuran Pesta Pulau Pinang 2021 Adalah PALSU

Penganjuran Pesta Pulau Pinang 2021 Adalah PALSU

Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr Mohamad Farazi Johari menafikan dakwaan palsu tentang penganjuran Pesta Pulau Pinang yang didakwa berlangsung pada 1 hingga 31 Disember 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pesta Pulau Pinang merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Pesta yang sudah 55 tahun diadakan ini merupakan ikon pelancongan Pulau Mutiara dan menjadi tumpuan pelancong tempatan serta luar negara.

Walau bagaimanapun, pesta tersebut telah ditangguhkan sejak tahun lepas untuk mengelakkan penularan virus Covid-19 dalam masyarakat.

Kredit: Facebook Pest Pulau Pinang

Namun, baru-baru ini, tular berita palsu di media sosial tentang penganjuran pesta tersebut yang didakwa bakal berlangsung pada 1 hingga 31 Disember 2021 di Tapak Pesta Sungai Nibong.

Menurut laporan, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr Mohamad Farazi Johari memaklumkan bahawa penganjuran tersebut adalah palsu.

Kerajaan negeri menafikan berita palsu itu dan menegaskan bahawa tiada penganjuran Pesta Pulau Pinang atau pada bila-bila masa dalam tahun 2021

Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr Mohamad Farazi Johari.

Beliau menasihati orang ramai untuk tidak mudah percaya dan menyebarkan berita palsu itu kepada orang ramai.

Orang ramai perlu mendapatkan kesahihan daripada sumber yang betul berhubung isu berkenaan.

Pegawai Kewangan Negeri Datuk Dr Mohamad Farazi Johari.

Beliau turut memberitahu bahawa sebarang maklumat berkaitan penganjuran pesta tersebut akan dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan negeri.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd