Now Reading
Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Mulai Khamis Ini, 25 November

Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Mulai Khamis Ini, 25 November

Sebarang perubahan adalah mengikut apa yang akan dimuktamadkan oleh pihak Kementerian Kewangan ataupun pihak HASIL.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa pembayaran Fasa Dua Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini (25 November) dengan peruntukan RM300 juta.

Bayaran kedua ini akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jumlah pembayaran bagi Fasa 2 bagi semua kategori adalah seperti berikut:

Jadual Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Mengikut jadual di atas, pembayaran bagi Fasa 2 hanya bagi kategori miskin tegar. Namun, sebarang perubahan adalah mengikut apa yang akan dimuktamadkan oleh pihak Kementerian Kewangan ataupun pihak HASIL.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC di link ini: https://bkc.hasil.gov.my.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd