Kajian Buktikan Keberkesanan Ambil Vaksin Campuran Untuk Dos Penggalak
Beberapa kajian di luar negara telah membuktikan bahawa masyarakat SELAMAT untuk mengambil vaksin yang berlainan bagi dos penggalak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini akan memperluas pemberian dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun ke atas, ibu mengandung serta petugas barisan hadapan.
Menurut laporan, Panel Pakar Perubatan KKM telah meneliti tahap keberkesanan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati dengan hanya satu dos sahaja mampu meningkatkan imunisasi badan untuk melawan Covid-19.
BACA JUGA: Individu 18 Tahun Ke Atas Bakal Terima Dos Penggalak Tidak Lama Lagi
Mungkin ramai yang terfikir sama ada selamat atau tidak jika kita mengambil vaksin berbeza untuk dos penggalak.
Jangan risau, beberapa kajian di luar negara telah membuktikan bahawa masyarakat SELAMAT untuk mengambil vaksin yang berlainan bagi dos penggalak.
Anda boleh baca penjelasan di bawah untuk mengetahui tentang kajian yang telah dilakukan:
Dos penggalak Pfizer (dua dos Pfizer)
- Kajian daripada Kementerian Kesihatan Singapura pada 15 November mendapati bahawa risiko untuk dijangkiti Covid-19 berkurang sebanyak 62% selepas mendapat dos penggalak.
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat membuktikan bahawa 446.7 unit antarabangsa per milimeter boleh meneutralkan antibodi dan sebanyak 3409.1 unit antibodi yang terhasil daripada setiap milimeter.
Dos penggalak Moderna (dua dos Pfizer)
- Kementerian Kesihatan Singapura juga memaklumkan penurunan sebanyak 72% terhadap risiko jangkitan Covid-19 selepas mendapat dos penggalak.
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat turut membuktikan bahawa 785.8 unit antarabangsa per milimeter boleh meneutralkan antibodi dan sebanyak 6155 unit antibodi yang terhasil daripada setiap milimeter.
Dos penggalak Moderna (dua dos Moderna)
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat membuktikan bahawa 901.8 unit antarabangsa per milimeter boleh meneutralkan antibodi dan sebanyak 6799.8 unit antibodi yang terhasil daripada setiap milimeter.
Dos penggalak Pfizer (dua dos Moderna)
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat membuktikan bahawa 677.9 unit antarabangsa per milimeter boleh meneutralkan antibodi dan sebanyak 5195.6 unit antibodi yang terhasil daripada setiap milimeter
Dos penggalak Sinovac (dua dos Sinovac)
- Kajian daripada Kementerian Kesihatan Chile pada 25 Oktober memaklumkan bahawa penggunan dos ini membolehkan 74% keberkesanan menentang jangkitan Covid-19.
Dos penggalak Pfizer (dua dos Sinovac)
- Penggunan dos ini membolehkan 95% keberkesanan menentang jangkitan Covid-19.
Berdasarkan kajian, campuran jenis vaksin yang berbeza untuk dos penggalak boleh meningkatkan antibodi badan bagi melawan jangkitan Covid-19.
Jom sama-sama mendaftar untuk pengambilan dos penggalak pula. #kitajagakita

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.