Now Reading
Tentera Hisap Jari Jurujual Wanita Dituduh Di Mahkamah Esok, 19 November

Tentera Hisap Jari Jurujual Wanita Dituduh Di Mahkamah Esok, 19 November

Anggota tentera tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang esok mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Gangguan seksual di tempat awam sekarang ini semakin menjadi-jadi. Ada je berita mengenai orang buat perkara tak senonoh yang setiap hari kita dengar.

Lelaki atau perempuan sekarang ni dua-dua boleh jadi mangsa gangguan seksual.

Sebelum ini, pernah terjadi kes di mana seorang anggota tentera membuat gangguan seksual kepada seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape berdekatan Taman Keramat.

BACA JUGA: Hisap Jari Jurujual Wanita, Abang Askar Didakwa Buat Gangguan Seksual

Walau bagaimanapun, anggota tentera tersebut ditahan oleh pihak polis di sebuah rumah di Taman Setiawangsa kerana didakwa telah mencabul seorang wanita.

Tentera tersebut bakal dibicarakan di mahkamah esok, 19 November

Memetik laporan Harian Metro, anggota tentera yang berusia 26 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang esok mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan bahawa pihak mereka mendapat kebenaran daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa pesalah tersebut.

Polis telah mendapat kebenaran daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek dan dia akan dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd