Now Reading
Majikan Tak Dibenarkan Hubungi Pekerja Selepas Waktu Pejabat

Majikan Tak Dibenarkan Hubungi Pekerja Selepas Waktu Pejabat

Majikan juga perlu membayar segala perbelanjaan untuk bekerja di rumah dan boleh dikenakan penalti sekiranya menghubungi pekerja selepas waktu bekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ketika berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia pada tahun lepas, banyak sektor pekerjaan yang tergendala.

Pada waktu itu, nak keluar pergi bekerja pun tak dibenarkan sebab risau dengan penularan virus merbahaya.

Sebagai alternatif lain, beberapa syarikat membolehkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah sahaja. Lebih selamat sebab dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Walaupun sudah ada vaksin untuk mengurangkan jangkitan virus itu, sistem bekerja dari rumah ini masih diamalkan sehingga sekarang.

Namun, ramai yang dilihat bekerja terlebih masa kerana mesej daripada majikan tidak putus-putus masuk walaupun sudah melepasi waktu bekerja.

Selepas ini, majikan DIHARAMKAN hubungi pekerja lepas waktu bekerja

Memetik laporan Mirror UK, kerajaan Portugal telah meluluskan undang-undang baharu yang MENGHARAMKAN majikan untuk menghubungi pekerja selepas waktu bekerja.

Bukan itu sahaja, majikan juga perlu membayar segala perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja seperti WiFi dan bil elektrik yang tinggi apabila mengamalkan sistem bekerja dari rumah.

Menurut laporan media, majikan akan dikenakan penalti sekiranya cuba menghubungi pekerja selepas tamat waktu bekerja.

Selain itu, majikan turut tidak dibenarkan untuk mengawasi pekerja ketika bekerja dari rumah.

Undang-undang baharu ini diluluskan oleh kerajaan Parti Sosialis sebagai maklum balas terhadap isu tentang pelaksanaan bekerja dari rumah untuk mengurangkan jangkitan Covid-19.

Portugal merupakan negara Eropah pertama yang membuat peraturan ini selepas beberapa tempoh mengamalkan sistem bekerja dari rumah sejak bermulanya Covid-19.

Kredit: SHRM

Ada sesetengah orang suka bekerja dari rumah sebab tak perlu hadap kesesakan jalan raya setiap hari.

Tapi ada pula yang tak berapa gemar kerana beberapa faktor masalah seperti internet tidak stabil dan mungkin persekitaran yang terlalu bising dengan anak-anak lagi.

Tapi nak buat macam mana? Ini untuk keselamatan kita juga daripada terkena jangkitan Covid-19.

Harapnya majikan pun dapat faham situasi pekerja-pekerja lain dan menghormati waktu mereka bersama keluarga apabila sudah melepasi tempoh bekerja.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd