Kelonggaran Boleh Hilang Sekelip Mata Jika Rakyat Lalai – Agong
Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar kesemua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai ujian yang mendatang sebelum ini, selain terus memainkan peranan sehingga Malaysia bebas Covid-19 sepenuhnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Berikutan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini, rakyat Malaysia dilihat menggunakan kebebasan tersebut dengan sepenuhnya.
Malah, sehingga terdapat beberapa kes di mana sesuatu tempat itu dilihat dibanjiri oleh lautan manusia.
Terlalu penuh, sehinggakan penjarakan sosial juga tidak dihiraukan dan gagal dipatuhi.
Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini telah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kelonggaran yang kini sedang dinikmati boleh hilang sekali lagi jika mereka terus lalai.
Seri Paduka bertitah agar kesemua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai ujian yang mendatang sebelum ini, selain terus memainkan peranan sehingga Malaysia bebas Covid-19 sepenuhnya.
(Kredit: Instagram/Istana Negara)
Beta percaya, setiap badai yang melanda akan berhenti juga, yang gelap pasti akan menjadi terang dan yang kelam akan kembali bercahaya.
Titah Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021.
Selain itu, baginda turut menasihati rakyat agar terus bersabar, menjaga kesihatan diri, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usahan mengekang penularan pandemik itu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything.
Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.