PRN Melaka : Calon Pakatan Harapan Dikompaun RM4,000 Kerana Pakai Jaket Dengan Logo PH?
Kompaun tersebut adalah yang pertama dikenakan kepada calon PRN Melaka setakat ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seperti yang diketahui, negeri Melaka ketika ini tidak berada di bawah mana-mana pimpinan selepas berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pembubaran tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas empat ADUN daripada pihak kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinannnya.
Tindakan berkenaan menyebabkan beliau hilang majoriti sokongan.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 sebagai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pakatan Harapan (PH) merupakan salah satu parti yang bakal bertanding di pilihan raya tersebut.
BACA JUGA: Pakatan Harapan Calonkan Gadis 21 Tahun Bertanding Di Pilihan Raya Melaka
Calon PH dikompaun RM4,000
Baru-baru ini, seorang calon Pakatan Harapan telah dikompaun sebanyak RM4,000 oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa berkempen dengan memakai pakaian yang menunjukkan logo parti.
Laporan media memaklumkan, kompaun tersebut dikeluarkan ketika calon berada di sebuah kedai makan di Alor Gajah, Melaka.
Perkara ini turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR iaitu Fahmi Fadzil melalui laman Twitter rasmi miliknya.
Fahmi juga berkongsi gambar resit kompaun yang dikeluarkan oleh PDRM tanpa mendedahkan butiran lengkap calon berkenaan.
Menerusi pemerhatian kami pada resit yang tular, calon berkenaan dikenakan kompaun tersebut gara-gara memakai jaket yang mempunyai lambang Pakatan Harapan.
Kompaun tersebut adalah yang pertama dikenakan kepada calon PRN Melaka setakat ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ketat termasuklah tidak membenarkan sebarang kempen bersemuka.
Ramai menyifatkan arahan tersebut menyukarkan calon-calon yang bertanding untuk berkempen.
Oleh disebabkan itu, kebanyakan calon yang bertanding banyak meluangkan masa di kedai makan, pasar raya dan rumah ibadat untuk ‘berkempen’ dan bertemu dengan pengundi tanpa mengenakan sebarang pakaian yang mempunyai logo parti.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.