Now Reading
Individu 18 Tahun Ke Atas Bakal Terima Dos Penggalak Tidak Lama Lagi

Individu 18 Tahun Ke Atas Bakal Terima Dos Penggalak Tidak Lama Lagi

KKM akan memperluas pemberian dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun ke atas, ibu mengandung serta petugas barisan hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada 11 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa petugas barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi bakal menerima dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19.

Menurut KKM, golongan berisiko tinggi adalah warga emas dan individu menghidap penyakit kronik.

Dua golongan ini akan diberikan keutamaaan terlebih dahulu.

Dalam perkembangan yang sama, KKM telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin yang berlainan akan diberikan kepada secara berperingkat bermula dengan golongan berumur 60 tahun ke atas.

BACA JUGA: Dos Ketiga: Penerima Sinovac Boleh Ambil Pfizer Bermula Hari Ini, 22 Oktober

KKM perluas pemberian dos penggalak

Memetik laporan Berita Harian, KKM akan memperluas pemberian dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun ke atas, ibu mengandung serta petugas barisan hadapan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Panel Pakar Perubatan KKM telah meneliti tahap keberkesanan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati dengan hanya satu dos sahaja mampu meningkatkan imunisasi badan untuk melawan Covid-19.

KKM akan terus memantau perkembangan Covid-19 dari semasa ke semasa dan tetap meneruskan Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan pemberian dos tambahan dan dos penggalak bagi memastikan rakyat Malaysia menerima perlindungan yang optimum daripada Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya lagi, individu yang belum menerima sebarang vaksin dan tidak pernah dijangkiti Covid-19 adalah golongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus berkenaan.

Nasihat KKM, segeralah mendaftar dan dapatkan vaksin Covid-19 agar anda dan keluarga dilindungi daripada virus merbahaya ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd