Now Reading
Pakatan Harapan Calonkan Gadis 21 Tahun Bertanding Di Pilihan Raya Melaka

Pakatan Harapan Calonkan Gadis 21 Tahun Bertanding Di Pilihan Raya Melaka

Farzana Hayani Mohd Nasir merupakan calon termuda yang berusia 21 tahun dan bakal bertanding di DUN Sungai Rambai, Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui, negeri Melaka ketika ini tidak berada di bawah mana-mana pimpinan selepas berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembubaran tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas empat ADUN daripada pihak kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinannnya.

Tindakan berkenaan menyebabkan beliau hilang sokongan majoriti.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November 2021 sebagai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Antara parti yang bakal bertanding termasuklah Parti MUDA di bawah kepimpinan Syed Saddiq.

BACA JUGA: Parti MUDA Bakal Bertanding Pada Pilihan Raya Negeri Melaka – Syed Saddiq

Faktor umur bukan penghalang

PRN Melaka ketika ini tertumpu kepada calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Farzana Hayani Mohd Nasir yang merupakan individu termuda berusia 21 tahun.

Farzana Hayani Mohd Nasir.
Kredit: Astro Awani

Farzana yang bakal bertanding kerusi DUN Sungai Rambai yakin bahawa pengundi kini lebih bijak dan matang untuk memilih orang muda sebagai wakil rakyat.

Usia bukan faktor utama untuk menjadi wakil rakyat. Apa yang lebih penting adalah untuk memahami masalah dan berusaha untuk menyelesaikannya. Saya percaya pengundi akan menilai berdasarkan tekad dan kesungguhan membantu rakyat dan membawa perubahan

Farzana Hayani Mohd Nasir.

Penuntut mahasiswa universiti tempatan itu bakal berdepan dengan saingan empat penjuru dengan beberapa calon yang pernah bertanding di DUN Sungai Rambai sebelum ini.

Farzana ingin bantu golongan muda dan wanita di Sungai Rambai

Menurutnya, dia akan memberi tumpuan kepada pembangunan golongan muda di DUN Sungai Rambai terutamanya dari segi liputan Internet yang kadangkala menyukarkan proses pembelajaran di kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, Farzana juga berhasrat untuk membantu memperkasakan sektor keusahawanan dalam kalangan wanita di Sungai Rambai.

Saya mahu meluaskan lagi liputan internet di DUN Sungai Rambai. Ia kini menjadi antara keperluan penting dalam kehidupan masyarakat. Bukan saja pendidikan, malah saya akan memperkasakan sektor keusahawanan wanita di Sungai Rambai,

Farzana Hayani Mohd Nasir.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd