Now Reading
Delta Plus Varian AY.4.2. Dikesan Di Malaysia, Perlu Ke Kita Risau?

Delta Plus Varian AY.4.2. Dikesan Di Malaysia, Perlu Ke Kita Risau?

Varian Delta Plus dibawa masuk ke dalam negara oleh dua orang pelajar yang pulang daripada United Kingdom di mana lebih 6% kes varian berkenaan di negara tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dua kes pertama Covid-19 varian Delta Plus AY.4.2 telah dilaporkan dan dibawa masuk oleh dua orang pelajar yang pulang daripada United Kingdom pada bulan lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes ini pada 6 November.

Kredit: Twitter KKMalaysia

Kronologi kejadian bermula pada hari ketibaan mereka

  • 2 Oktober – Dua pelajar tersebut tiba di KLIA daripada United Kingdom dan ujian RT-PCR pertama menunjukkan keputusan negatif.
  • 7 Oktober – Ujian kedua diambil semasa tempoh kuarantin dan menunjukkan keputusan positif.

SOP terkini masih lagi efektif

Walaupun terdapat varian baru AY.4.2, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan bahawa vaksin yang digunakan pada masa kini masih lagi berkesan dan langkah seperti kuarantin serta ujian saringan boleh mengurangkan risiko penularan subvarian ini di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau sama ada ada subvarian tersebut telah tersebar dalam kalangan masyarakat.

Delta Plus AY.4.2 – Patut ke kita risau?

Varian Delta pertama kali dikenal pasti pada tahun lepas di India dan berkembang sehingga menghasilkan lebih banyak mutasi.

Menurut ahli epidemiologi William Hanage dari Universiti Harvard, kesemua versi baharu ini berasal daripada varian Delta.

Sebelum ini, mutasi Delta-Plus yang berbeza-beza dikatakan hampir sama dengan Delta yang asal. Menurut William, perbezaan mutasi ini tidak menjadikannya lebih berbahaya atau lebih mudah tersebar.

Sementara itu, pakar virologi Jeremy Luban dari University of Massachusetts Medical berkata masih terdapat data yang tidak mencukupi bagi mengukur kebolehjangkitannya.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan varian ini akan meningkat sedikit sekiranya lebih mudah tersebar.

Dalam temubual bersama NPR, Wlliam menjangkakan bahawa berkemungkinan 10% varian ini lebih mudah tersebar berbanding Delta versi asal.

Varian AY.4.2 ini mempunyai 2 mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.

Menurut laporan KKM menerusi Twitter, sehingga akhir Oktober 2021, variant AY.4.2 merupakan 10% dari jumlah penjujukan genom penuh yang dijalankan di United Kingdom (UK).

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom telah menetapkan bahawa AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI) di kala kebimbangan mengenai peningkatan kadar pertumbuhannya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd